Canon imageCLASS MF269dw Introducción página 92

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS MF269dw:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44
Lampiran
PENTING
• Ikut arahan pada label awas yang dilekatkan
pada mesin ini.
• Jangan dedahkan mesin kepada kejutan yang
kuat atau gegaran.
• Jangan buka dan tutup pintu, penutup dan
bahagian lain dengan paksa. Berbuat demikian
boleh merosakkan mesin.
• Jangan MATIKAN suis kuasa utama atau buka
penutup semasa mesin sedang beroperasi. Ini
boleh menyebabkan kertas tersangkut.
• Gunakan kabel bermodul yang lebih pendek
daripada 3 meter.
• Gunakan kabel USB yang lebih pendek
daripada 3 meter.
• Jangan sentuh bahagian sentuhan ( 
dalam mesin. Berbuat demikian boleh
merosakkan mesin.
a
a
Apabila mengangkut mesin
Untuk mencegah kerosakan pada mesin semasa
pengangkutan, lakukan perkara yang berikut.
• Keluarkan kartrij toner dan kartrij gelendong.
• Bungkuskan mesin di dalam kotak asal
menggunakan bahan pembungkusan dengan
kukuh.
Simbol Berkaitan Keselamatan
Suis kuasa: Kedudukan "DIHIDUPKAN"
Suis kuasa: Kedudukan "DIMATIKAN"
Suis kuasa: Kedudukan "TUNGGU SEDIA"
Suis tekan
"HIDUPKAN"
Terminal pembumian pelindung
Voltan berbahaya di dalam. Jangan buka
penutup kecuali diarahkan.
AWAS: Permukaan panas. Jangan sentuh.
Peralatan kelas II
Bahagian bergerak: Jauhkan bahagian tubuh
daripada bahagian bergerak
AWAS: Kejutan elektrik boleh berlaku. Cabut
semua palam kuasa daripada saluran keluar
kuasa.
Terdapat tepi yang tajam. Jauhkan bahagian-
bahagian tubuh daripada tepi yang tajam.
Ms
• Sesetengah simbol yang ditunjukkan di atas
mungkin tidak terdapat bergantung pada
produk.
92
Penyelenggaraan dan Pemeriksaan
Bersihkan mesin ini secara berkala. Jika habuk
terkumpul, mesin mungkin tidak beroperasi
dengan betul. Apabila membersihkannya,
pastikan mematuhi perkara yang berikut. Jika
masalah berlaku semasa operasi, lihat
"Penyelesaian Masalah" dalam Panduan
Pengguna. Jika masalah tidak dapat diselesaikan
atau anda rasa mesin perlu diperiksa, lihat
"Apabila Masalah Tidak Dapat Diselesaikan" dalam
Panduan Pengguna.
AMARAN
• Sebelum membersihkannya, MATIKAN kuasa
dan cabut palam kuasa daripada saluran keluar
kuasa AU. Kegagalan berbuat demikian boleh
 ) di
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Cabut palam kuasa secara berkala dan
bersihkan dengan kain kering untuk
membuang habuk dan kotoran. Habuk yang
terkumpul boleh menyerap kelembapan di
udara dan boleh menyebabkan kebakaran jika
bersentuhan dengan elektrik.
• Gunakan kain lembap yang diperah untuk
membersihkan mesin. Lembapkan kain
pembersih dengan air sahaja. Jangan gunakan
alkohol, benzena, pencair cat atau bahan lain
yang mudah terbakar. Jangan gunakan kertas
tisu atau tuala kertas. Jika bahan-bahan ini
bersentuhan dengan bahagian elektrik di
dalam mesin, ia boleh menjana elektrik statik
atau menyebabkan kebakaran atau kejutan
elektrik.
• Periksa kord kuasa dan palam secara berkala
untuk memastikan tiada kerosakan. Periksa
mesin untuk memastikan tiada karat, kemik,
calar, retak atau penjanaan haba yang
berlebihan. Penggunaan peralatan yang tidak
dijaga dengan baik boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
AWAS
• Bahagian dalam mesin mempunyai
komponen yang bersuhu tinggi dan bervoltan
tinggi. Menyentuh komponen ini boleh
menyebabkan luka terbakar. Jangan sentuh
mana-mana bahagian mesin yang tidak
dinyatakan dalam manual ini.
• Apabila memuatkan kertas atau mengeluarkan
kertas yang tersangkut, berhati-hati supaya
tangan anda tidak terluka dengan bahagian
tepi kertas.
Barang Guna Habis
AMARAN
• Jangan buang kartrij toner yang telah
digunakan atau seumpamanya ke dalam
"MATIKAN"
nyalaan terbuka. Selain itu, jangan simpan
kartrij toner, kartrij gelendong atau kertas di
lokasi yang terdedah kepada nyalaan terbuka.
Ini boleh menyebabkan toner tersebut
menyala dan menyebabkan luka terbakar atau
kebakaran.
• Jika anda dengan tidak sengaja
menumpahkan atau menyelerakkan toner,
hati-hati kumpulkan zarah toner atau lapnya
menggunakan kain yang lembut dan lembap
dengan cara yang dapat menghalang
penyedutan. Jangan sesekali gunakan
pembersih vakum yang tidak mempunyai
pelindung terhadap letupan debu untuk
membersihkan toner yang tertumpah. Berbuat
demikian boleh merosakkan pembersih vakum
atau menyebabkan letupan debu akibat
nyahcas statik.
Jika anda menggunakan perentak jantung
• Kartrij toner menghasilkan fluks magnet tahap
rendah. Jika anda menggunakan perentak
jantung dan berasa tidak normal, sila jauhkan
diri daripada kartrij toner dan segera berjumpa
dengan doktor anda.
AWAS
• Berhati-hati supaya tidak menyedut toner. Jika
anda tersedut toner, segera berjumpa dengan
doktor.
• Berhati-hati supaya toner tidak masuk ke
dalam mata atau mulut anda. Jika toner masuk
ke dalam mata atau mulut anda, segera cuci
dengan air sejuk dan berjumpa dengan
doktor.
• Berhati-hati supaya toner tidak terkena kulit
anda. Jika terkena, cuci dengan sabun dan air
sejuk. Jika terdapat apa-apa kerengsaan pada
kulit anda, segera berjumpa dengan doktor.
• Jauhkan kartrij toner dan bahan guna habis
lain daripada capaian kanak-kanak. Jika toner
ditelan, segera berjumpa dengan doktor atau
pusat kawalan racun.
• Jangan ceraikan atau ubah suai kartrij toner
atau seumpamanya. Berbuat demikian boleh
menyelerakkan toner.
PENTING
Mengendalikan kartrij toner
• Pastikan supaya memegang kartrij toner
menggunakan pemegang.
• Jangan sentuh bahagian suapan toner ( 
sentuhan elektrik ( 
 ) atau memori kartrij
toner ( 
 ).
a
Pandangan Bawah
c
b
• Jangan keluarkan kartrij toner daripada bahan
pembungkusan atau mesin ini kecuali perlu.
• Kartrij toner ialah produk bermagnet. Jangan
letakkannya berhampiran dengan produk
yang mudah terjejas oleh kemagnetan
termasuk cakera liut dan pemacu cakera.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
kerosakan data.
 ),

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf266dnImageclass mf264dwImageclass mf261d

Tabla de contenido