Penyelenggaraan Biasa; Pelarasan Tempat Duduk Basikal; Tork Pengetat Untuk Sambungan Skru - BMW Cruise Bike Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 75
6. Jika anda mahu menunggang di jalan raya, anda hendaklah
melengkapkan basikal anda mengikut peruntukan undang-
undang negara berkenaan. Dalam apa-apa jua keadaan,
menunggang tanpa lampu atau pemantul semasa darjah
penglihatan kurang atau dalam keadaan gelap adalah sangat
berbahaya. Semua pengguna jalan raya tidak akan nampak
anda atau terlambat menyedari kehadiran anda. Apabila anda
menunggang di jalan raya, anda akan sentiasa memerlukan
peranti pencahayaan yang dibenarkan. Apabila keadaan menjadi
gelap, hidupkan lampu.
Jangan menunggang basikal anda jika ia tidak mematuhi
salah satu perkara ini! Basikal yang rosak boleh
menyebabkan kemalangan teruk! Jika anda tidak pasti
sepenuhnya atau mempunyai soalan, hubungi pengedar
BMW anda!
Periksa basikal anda dengan kerap untuk mencari tanda-
tanda haus, calar, pintalan, warna yang haus atau permulaan
rekahan. Bahagian yang hayat bergunanya telah melebihi
tempoh boleh gagal berfungsi secara tiba-tiba. Bawa basikal
anda dengan kerap ke pengedar BMW anda untuk menukar
bahagian terbabit, jika perlu.

3.3 Penyelenggaraan biasa.

Basikal anda memerlukan penyelenggaraan tetap, di samping
bilangan minimum semakan berkala. Keberkalaan langkah
penyelenggaraan ini bergantung pada jenis kenderaan (basikal
pesiaran, basikal lumba, basikal bukit), di samping kekerapan dan
keadaan penggunaan.
Sila lihat Kalendar Penyelenggaraan dan Pembaikan pada halaman
438 manual ini.
Amaran: Kami mengesyorkan agar pengedar anda
menjalankan proses ini. Maklumat keberkalaan hanya
mengambil kira nilai yang ditunjukkan dalam keadaan
penggunaan biasa. Bagi kes basikal bukit, selang masa
dikurangkan kerana penggunaan rapi.

3.4 Pelarasan tempat duduk basikal.

Mengkonfigurasi ketinggian tempat duduk: Jarak ini dikira dengan
mengukur panjang sebelah dalam kaki anda, termasuk tapak kaki,
yang akan naik basikal. Panjang yang diperoleh didarab dengan
pekali 0.885. Ia diukur dari tengah bahagian atas tempat duduk
hingga ke tengah bolt pada gandar pedal. Untuk melaras ketinggian
tempat duduk, kita akan menggunakan skru pengapit yang
mengetatkan batang tempat duduk ke kerangka.
Amaran: Atas sebab-sebab keselamatan, ketinggian tempat
duduk tidak boleh melebihi titik rujukan yang ditetapkan untuk
batang tempat duduk (tanda melintang untuk konfigurasi
minimum).

3.5 Tork pengetat untuk sambungan skru.

Dalam mana-mana jenis pemasangan, perengkuhan dan daya
pengapitan yang sesuai mesti digunakan agar tidak terlalu tinggi.
Jika anda menyedari bahawa ulir telah rosak semasa pengetatan
atau penyekatan, anda hendaklah menukar nat atau bolt yang
terbabit. Kemudian, tork pengetat yang sepadan dengan setiap jenis
ulir akan digunakan.
MS
429

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

M bike

Tabla de contenido