•
Jika terdapat cecair dalam topeng muka anda, kurangkan
kelembapan.
•
Anda boleh menetapkan Humidity Level (Tahap
Kelembapan) kepada Off (Mati) atau di antara 1 dengan 8,
dengan 1 tetapan kelembapan paling rendah dan 8 tetapan
kelembapan paling tinggi.
Untuk mengemas kini tetapan untuk Tube Temperature (Suhu
Tiub), Climate Control (Kawalan Iklim), atau Humidity Level
(Tahap Kelembapan), ketik MY OPTIONS (PILIHAN SAYA)
daripada skrin Home (Utama), pergi ke bawah senarai pilihan, dan
pilih tetapan. Rujuk panduan pengguna peranti anda untuk
maklumat lanjut mengenai cara mengemas kini tetapan peranti.
Membersihkan dan menjaga tiub anda
AMARAN
Bersihkan peranti dan komponennya mengikut jadual yang
ditunjukkan dalam panduan ini, untuk mengekalkan kualiti
peranti anda dan bagi menghalang pertumbuhan kuman yang
boleh menjejaskan kesihatan anda.
PERHATIAN
• Jangan gunakan peluntur, klorin atau larutan
berasaskan aromatik, sabun pelembap atau
antibakteria atau minyak wangi untuk membersihkan
peranti, tab pelembap atau tiub udara. Larutan ini
boleh menyebabkan kerosakan atau menjejaskan
prestasi pelembap dan mengurangkan jangka hayat
produk. Pendedahan kepada asap, termasuk rokok,
cerut atau asap paip, serta ozon atau gas lain, boleh
merosakkan peranti. Kerosakan yang disebabkan oleh
mana-mana yang terdahulu, tidak akan dilindungi oleh
waranti terhad ResMed.
• Jika sebarang kemerosotan komponen sistem jelas
kelihatan (retak, warna pudar, koyak dll.), komponen
itu mesti dibuang dan diganti.
Memutuskan sambungan
1. Picit kaf tiub udara dan tarik perlahan-lahan jauh dari peranti.
2. Pegang kedua-dua kaf tiub udara dan pemutar ayun topeng
muka, kemudian tarik perlahan-lahan untuk memisahkannya.
Nota: Hanya pegang dan tarik kaf tiub udara. Jangan pegang atau
tarik tiub itu sendiri kerana hal ini boleh mengakibatkan kerosakan.
Bahasa Melayu
3