Sedia
Gunakan kabel HDMI untuk menyambung peranti ActivConnect G-Series anda kepada panel. Sambungkan
kabel USB daripada ActivConnect G-Series kepada port sentuhan USB pada panel. Sila lihat panduan
pengguna panel untuk menentukan port yang sesuai untuk penyambungan bagi interaktiviti.
Port berlabel USB/OTG (lihat Antara muka) tidak boleh digunakan untuk sambungan sentuhan. Anda hanya
boleh menggunakan port USB/OTG untuk peranti USB lain seperti pemacu pena, kamera atau tetikus/papan
kekunci.
Promethean mengesyorkan anda menyambungkan kabel ethernet kepada port LAN untuk ketersambungan
rangkaian yang terbaik.
Sambungkan kuasa.
Penyelesaian Masalah
Jika ActivConnect G-Series anda tidak muncul pada skrin panel, sila periksa bahawa HDMI disambungkan kepada
panel dan bahawa sumber yang betul telah dipilih pada panel.
Jika sentuhan tidak berfungsi, sila pastikan bahawa USB disambungkan kepada port sentuhan USB panel yang
betul.
Sebagai contoh, jika ActivConnect G-Series disambungkan kepada HDMI 2, maka kabel USB daripada peranti
harus disambungkan kepada USB2 pada panel.
Jika panel anda hanya mempunyai satu sumber USB, sila sambungkan ini kepada port berlabel sentuhan USB pada
panel.
Jika ActivConnect G-Series telah memasuki mod tunggu sedia, sila sentuh panel untuk mengejutkannya.
Bersedia untuk Mula
Sila rujuk kepada Panduan Pengguna ActivConnect G-Series untuk mengetahui lebih lanjut tentang antara
muka pengguna, menu dan ciri lain. Pilih Aplikasi Bantuan pada skrin laman utama anda atau lawati laman
web sokongan kami di bawah untuk mendapatkan manual, dokumentasi, muat turun perisian, artikel, video dan
banyak lagi.
Panduan Pengguna ActivConnect G-Series boleh ditemui di:
https://www.prometheanworld.com/activconnect-g-series-help
Sokongan lanjutan boleh ditemui di:
TP-2000-MS-V04 ©2017 Promethean Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Produk tertakluk pada ketersediaan mengikut negara.
38
ActivConnect G-Series Quick Start Guide
support.prometheanworld.com
Spesifikasi produk tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Hidupkan panel.