Maklumat keselamatan
• Sila rujuk kepada doktor anda dan pengeluar peranti untuk
menentukan sama ada penggunaan peranti anda mungkin
mengganggu operasi peranti perubatan anda.
• Elakkan penggunaan peranti di tempat yang berhabuk, lembap
atau kotor, atau berdekatan dengan medan magnet.
• Suhu ideal: 0°C hingga 35°C untuk operasi, -10°C hingga +45°C
untuk penyimpanan.
• Semasa mengecas, penyesuai perlu dipasang masuk ke dalam
soket berdekatan dan dapat dicapai dengan mudah. Gunakan
penyesuai kuasa dan pengecas yang diluluskan.
• Pastikan penyesuai kuasa menepati syarat Lampiran Q IEC/EN
62368-1 dan diuji serta diluluskan mengikut standard negara
atau tempatan.
• Cabut pengecas dari saluran keluar elektrik dan peranti jika
peranti tersebut tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama.
• Plat nama peranti terletak di bahagian bawah peranti.
• Jauhkan bateri daripada api, panas yang melampau dan cahaya
matahari. Jangan letakkan ia di atas atau di dalam peranti
pemanasan. Jangan membuka pemasangan, mengubah suai,
membuang atau menekannya. Jangan masukkan objek asing ke
dalamnya, merendamkannya di dalam cecair, atau
mendedahkannya kepada daya luar atau tekanan, kerana ini
boleh menyebabkan ia bocor, menjadi terlalu panas, terbakar
ataupun meletup.
• Jangan cuba menggantikan bateri sendiri — anda mungkin
merosakkan bateri tersebut, yang boleh menyebabkan kepanasan
terlampau, kebakaran dan kecederaan. Bateri terbina dalam
peranti anda perlu diservis oleh Huawei atau pembekal
perkhidmatan yang berdaftar.
• Jauhkan peranti ini dan aksesorinya yang mungkin mengandungi
komponen-komponen kecil daripada capaian kanak-kanak. Jika
tidak, kanak-kanak mungkin merosakkan peranti ini dan
aksesorinya secara tidak sengaja, atau tertelan komponen kecil,
yang boleh menyebabkan tercekik.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan
bermakna produk dan bateri perlu dibawa ke pusat pengumpulan
sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada
akhir jangka hayat. Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan
dirawat dengan cara yang memelihara bahan-bahan berharga dan
melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar. Untuk maklumat
71