Bahasa Melayu - Philips HR1367/01 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para HR1367/01:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 12

BaHasa MElayu

36
pengenalan
Tahniah di atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
perihalan umum (gamb. 1)
a Butang kelajuan biasa
B Butang kelajuan turbo
C Unit motor
d Butang pelepas
E Bar pengisar
F Bikar
g Tudung bikar
H Pemukul
i
Unit gandingan pemukul
J
Penutup pelindung untuk unit mata pisau
K Penolak
l Tudung mangkuk
M Cakera gabungan (penghirisan/pemayangan)
n Pemegang alat
o Unit pisau
p Butang pelepas tudung
Q Mangkuk
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, mahupun
membilaskannya di bawah air paip. Gunakan hanya kain lembap untuk membersihkan unit motor.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan gunakan jari atau sebarang benda (contohnya spatula) untuk menolak bahan-bahan ke
dalam tiub masuk semasa perkakas sedang bergerak. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
-
Jangan sentuh mata pisau bar pengisar, terutamanya apabila plag perkakas sedang terpasang. Mata
pisau tersebut amat tajam.
-
Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat
pisau.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido