Menyambung
1 Letakkan papan kekunci dekat dengan peranti dan tekan serta tahan mana-
mana kekunci suis-denyar selama lebih daripada tiga saat untuk mula
berpasangan. (Selepas papan kekunci dihidupkan buat kali pertama, ia akan
mula berpasangan secara automatik dan anda tidak perlu menekan dan
menahan kekunci suis-denyar.)
2 Gesaan kemudiannya akan dipaparkan pada peranti. Ikut arahan pada skrin
untuk menyelesaikan berpasangan.
• Ciri berpasangan berdekatan terdapat pada peranti yang menjalankan
sistem pengendalian seperti Windows dan EMUI. Sokongan sebenar
mungkin berbeza-beza bergantung pada produk.
• Jika peranti tidak menyokong ciri berpasangan berdekatan, pasangkan
papan kekunci dengan peranti melalui Bluetooth.
• Anda juga boleh menggunakan kabel USB-C untuk menyambungkan
papan kekunci ke peranti.
Menukar
Papan kekunci boleh dipasangkan dengan maksimum tiga peranti melalui
Bluetooth. Untuk menukar antara peranti, tekan dan tahan kekunci suis-denyar
yang dipilih semasa berpasangan. Jika penunjuk berkelip dan kemudian menyala
berterusan selama lima saat, ia menunjukkan bahawa penukaran telah berjaya.
Mengecas
Apabila papan kekunci digunakan secara wayarles dan penunjuk kuasa merah
berkelip, ia menunjukkan bahawa aras bateri lebih rendah daripada 10%. Anda
boleh menggunakan kabel USB-C yang menyokong pengecasan untuk
mengecas papan kekunci.
Produk ini tidak dihantar berserta dengan kabel USB-C. Anda perlu
membeli kabel USB-C secara berasingan.
Butiran lanjut
Layari https://consumer.huawei.com/en/support dan cari mengikut nama peranti
untuk mencuba lebih banyak ciri.
Maklumat Keselamatan
• Sila rujuk kepada doktor anda dan pengeluar peranti untuk menentukan
sama ada penggunaan peranti anda mungkin mengganggu operasi peranti
perubatan anda.
• Elakkan penggunaan peranti di tempat yang berhabuk, lembap atau kotor,
atau berdekatan dengan medan magnet.
• Suhu ideal: 0°C hingga 35°C untuk operasi, -10°C hingga +45°C untuk
penyimpanan.
• Plat nama peranti terletak di bahagian bawah peranti.
• Jauhkan bateri daripada api, panas yang melampau dan cahaya matahari.
Jangan letakkan ia di atas atau di dalam peranti pemanasan. Jangan
membuka pemasangan, mengubah suai, membuang atau menekannya.
Jangan masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di dalam
cecair, atau mendedahkannya kepada daya luar atau tekanan, kerana ini
59