Maklumat keselamatan
• Sesetengah peranti wayarles boleh menjejaskan prestasi alat bantuan pendengaran atau perentak jantung. Rujuk
penyedia perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.
• Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak 15 cm dikekalkan di antara peranti dan perentak
jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika anda menggunakan perentak
jantung, pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa peranti di
poket depan anda.
• Suhu operasi yang paling sesuai ialah 0 °C sehingga 35 °C. Suhu penyimpanan yang paling sesuai ialah -10 °C
sehingga +45 °C. Kepanasan atau kesejukan melampau boleh merosakkan peranti atau aksesori anda.
• Elakkan persekitaran berhabuk, lembap atau kotor. Elakkan medan magnet. Menggunakan peranti dalam
persekitaran ini mungkin menyebabkan kerosakan litar.
• Peranti mempunyai platnamanya di dalam bekas bateri. Untuk melihat platnama, buka penutup atas peranti dan
keluarkan bateri.
• Jauhkan peranti ini dan aksesorinya yang mungkin mengandungi komponen-komponen kecil daripada capaian kanak-
kanak. Jika tidak, kanak-kanak mungkin merosakkan peranti ini dan aksesorinya secara tidak sengaja, atau tertelan
komponen kecil, yang boleh menyebabkan tercekik.
• Untuk melindungi peranti atau aksesori anda daripada bahaya kebakaran atau kejutan elektrik, elakkan hujan dan
lembapan.
• Jangan dedahkan peranti atau aksesori anda kepada panas atau sejuk melampau. Persekitaran ini mungkin
mengganggu fungsi yang betul dan mungkin menyebabkan kebakaran atau letupan.
312