67
MENYALAKAN BAKUL API
Renyukkan 2-3 helaian surat khabar menjadi
bebola dan letakkan ia di dalam bakul api.
Letakkan kepingan kecil kayu penyala tanpa
kulit di atas bebola kertas itu. Nyalakan
kertas itu menggunakan penyala api
barbeku atau mancis panjang. Apabila api
menyala dengan baik, tambahkan kepingan
kayu. Apabila semua kepingan kayu kecil
menyala, tambahkan kepingan kayu yang
lebih besar.
Petua: Kayu mestilah kering sepenuhnya
untuk api menyala dengan baik. Kayu yang
lembap atau tidak matang sukar untuk
dinyalakan dan menghasilkan asap yang
banyak. Potong kayu yang besar kepada
kepingan kecil - ia lebih mudah terbakar.
PENYELENGGARAAN DAN PENJAGAAN
Biarkan bakul api sejuk sepenuhnya sebelum
mengosongkan atau membersihkannya.
Bakul api ini diperbuat daripada keluli
berlakuer. Haba boleh menyebabkan
lakuer ini pudar atau menggelupas selepas
digunakan dan kesan karat mungkin
muncul. Ini tidak memberikan kesan kepada
fungsi atau keselamatan produk ini.
Untuk membersihkan bakul api, bilas
dengan air paip dan keringkan sepenuhnya.
Simpan bakul api di tempat yang kering
apabila tidak digunakan.