S i r i 8 8 0 0 Ma nua l La ng kah P er m ul aan
Waranti Produk
Rujuk kepada http://www.viavisolutions.com/en-us/warranty-information untuk maklumat Waranti Produk.
Keserasian Elektromagnet
Kabel yang berperisai dua kali dan antara muka luar yang ditamatkan dengan betul mesti digunakan dengan peralatan ini apabila
mengantara muka dengan Penyambung REMOTE (JAUH). Untuk pematuhan EMC yang berterusan, semua kabel luar mesti
diperisaikan dan berukuran 3 meter panjang.
Pernyataan Tatanama
Dalam manual ini, Siri 8800 merujuk kepada Sistem Ujian Radio Digital Siri 8800.
Dalam manual ini, Set Ujian, Sistem atau Unit Ujian Radio Digital merujuk kepada Sistem Ujian Radio Digital Siri 8800.
Akuan Keakuran
Akuan Sijil Keakuran yang disertakan dengan Unit ini perlu kekal bersama Unit. VIAVI menyarankan operator agar mengeluarkan
semula satu salinan Akuan Sijil Keakuran yang akan disimpan dengan Manual Operasi untuk rujukan akan datang.
Versi Perisian
VIAVI mengemas kini perisian Set Ujian secara rutin. Hasilnya, contoh-contoh mungkin menunjukkan imej daripada versi perisian
terdahulu. Imej akan dikemas kini bila mana sesuai.
Mematuhi Arahan
Langkah berjaga-jaga keselamatan berikut mesti dipatuhi semasa pemasangan dan operasi. VIAVI tidak bertanggungjawab atas
kegagalan untuk mematuhi mana-mana langkah berjaga-jaga keselamatan yang digariskan di dalam manual ini.