Bahasa Malaysia - IKEA STARKVIND Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para STARKVIND:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 7

Bahasa Malaysia

Alatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan tentang
penggunaan alatan secara selamat dan memahami bahaya
yang terlibat oleh orang yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka. Kanak-kanak tidak boleh bermain
dengan alatan ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Keselamatan elektrikal
• Jangan gunakan palam kuasa yang rosak atau alur
keluar elektrik yang longgar.
• Jangan alihkan produk dengan cara menarik kord
kuasa.
• Untuk mencegah kord kuasa daripada menjadi rosak
atau cacat bentuk, jangan bengkokkannya secara
paksa atau jalankannya di bawah objek berat.
• Jika alur keluar elektrikal basah, cabut palam produk
dengan berhati-hati dan biarkan alur keluar elektrik
kering sepenuhnya sebelum penggunaan seterusnya.
• Jangan pegang palam kuasa dengan tangan yang
basah.
• Jangan palam masuk dan cabut palam kuasa
berulang kali.
• Cabut palam perkakasan sebelum pembaikan,
pemeriksaan atau penggantian alat.
• Hapuskan sebarang habuk atau air daripada palam
kuasa.
• Cabut palam perkakasan jika ia tidak digunakan
untuk masa yang lama.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh
pengeluar, ejen servisnya atau individu berkelayakan
yang serupa untuk mengelakkan bahaya.
• Jangan cuba baiki atau ubah suai kord kuasa.
• Produk ini hendaklah hanya digunakan bersama unit
bekalan kuasa yang disertakan.
• Jika mana-mana alatnya rosak, produk ini tidak boleh
digunakan.
Keselamatan pemasangan
• Produk ini dicadangkan untuk kegunaan isi rumah
sahaja di bawah keadaan operasi yang normal.
• Jangan pasang pembersih udara berdekatan peranti
pemanas.
• Jangan gunakan produk dalam persekitaran basah
atau berkelembapan tinggi, seperti bilik mandi atau
dalam bilik yang mempunyai variasi suhu yang besar.
• Produk ini bukan pengganti pengudaraan betul,
pembersih vakum yang biasa atau fungsi hud
pengekstrak atau kipas semasa memasak.
• Sentiasa letak dan gunakan produk di atas
permukaan yang kering, stabil, rata dan mendatar.
• Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 30 cm
sekitar produk.
• Jangan gunakan produk di kawasan yang gas atau
bahan mudah bakar digunakan atau disimpan.
• Jangan berikan daya berlebihan atau paksa produk
sehingga membonjol dan meletup.
• Pasang produk dan pastikan tiada halangan sekitar
produk yang menyekat peredaran udara.
Keselamatan operasi
• Jangan sekali-kali letakkan produk dalam air.
• Jangan nyahhimpun, baiki atau ubah suai produk.
• Cabut palam produk sebelum anda
membersihkannya.
• Jika pembersih udara menghasilkan bunyi pelik, bau
terbakar atau asap, serta-merta cabut palam kuasa
daripada alur keluar elektrikal dan hubungi sokongan
Pelanggan kami.
• Jangan sembur sebarang bahan mudah bakar ke
dalam alur masuk udara.
• Jangan letakkan jari atau objek asing ke dalam alur
masuk atau keluar udara.
• Gantikan penapis dengan penapis baharu mengikut
kitaran penggantian penapis. Sebaliknya, prestasi
produk mungkin merosot.
• Jangan tolak atau bersandar dengan produk ini
memandangkan ia boleh terbalik dan menyebabkan
kecederaan fizikal atau produk gagal berfungsi.
• Produk ini tidak menghapuskan karbon monoksida
(CO) atau radon (Rn). Ia tidak boleh digunakan
sebagai peranti keselamatan setelah berlaku
kemalangan yang melibatkan proses pembakaran
dan bahan kimia berbahaya.
34

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

305.019.63004.619.73

Tabla de contenido