Bahasa Malaysia - IKEA FÖRNUFTIG Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para FÖRNUFTIG:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 6

Bahasa Malaysia

Alatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan tentang
penggunaan alatan secara selamat dan memahami bahaya
yang terlibat oleh orang yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka. Kanak-kanak tidak boleh bermain
dengan alatan ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Keselamatan elektical
• Jangan gunakan palam kuasa yang rosak atau soket
elektrik yang longgar.
• Jangan alihkan produk dengan menarik kord kuasa.
• Jangan bengkokkan kord kuasa secara paksa atau
letakkan di bawah objek berat bagi mengelakkannya
daripada rosak atau cacat.
• Sekiranya soket elektrik basah, cabut produk
secara berhati-hati dan biarkan salur keluar elektrik
mengering sepenuhnya sebelum digunakan
seterusnya.
• Jangan kendalikan palam kuasa dengan tangan yang
basah.
• Jangan pasang dan cabut palam kuasa berulang kali.
• Cabut palam produk sebelum pembaikan,
pemeriksaan, atau penggantian alat ganti.
• Keluarkan habuk atau air dari palam kuasa.
• Cabut palam produk jika tidak lama digunakan.
• Sekiranya kord bekalan kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh orang yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
• Jangan cuba memperbaiki atau mengubah kord
kuasa.
• Alat ini hanya boleh digunakan bersama dengan unit
bekalan kuasa yang disertakan.
• Sekiranya ada bahagian yang rosak produk tidak
boleh digunakan.
Keselamatan pemasangan
• Jangan pasang pembersih udara berhampiran alat
pemanasan.
• Jangan pasang produk di kawasan yang terdapat
kelembapan, habuk atau air (air hujan ).
• Jangan pasang produk di lantai yang senget.
• Apabila produk sedang digunakan, kekalkan jarak 50
cm di atas produk.
• Jangan gunakan produk di kawasan di mana gas
mudah terbakar atau bahan mudah terbakar
digunakan atau disimpan.
• Jangan menggunakan kuasa yang berlebihan atau
kejutan pada produk.
• Pasang produk di mana tidak ada halangan di sekitar
produk yang menghalang peredaran udara.
Keselamatan pengendalian
• Jangan masukkan produk ke dalam air.
• Jangan merungkas, memperbaiki atau mengubah
produk.
• Cabut palam produk sebelum anda
membersihkannya.
• Sekiranya pembersih udara mengeluarkan bunyi, bau
terbakar, atau asap yang pelik, segera cabut palam
kuasa dari soket elektrik dan hubungi sokongan
pelanggan kami.
• Jangan sembur bahan mudah terbakar ke saluran
masuk udara.
• Jangan masukkan jari atau benda asing ke dalam
saluran masuk atau keluar udara.
• Ganti penapis dengan yang baru mengikut kitaran
penggantian penapis. Jika tidak, akibatnya prestasi
produk mungkin merosot.
• Jangan tekan atau bersandar pada produk ini,
kerana ini boleh menterbalikkan produk. Jika tidak,
kecederaan fizikal atau kerosakan pada produk
mungkin berlaku.
Arahan penjagaan
Cabut palam produk sebelum pembersihan.
Untuk membersihkan produk, lap dengan kain lembap
yang lembut. Gunakan kain lembut lain yang kering
untuk mengelap sehingga kering.
Bersihkan vakum prapenapis secara berkala.
Nota!
Jangan sekali-kali menggunakan bahan cuci penyental
atau pelarut kimia kerana ini boleh merosakkan
produk.
24

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido