Philips HR1367/02 Manual De Instrucciones página 37

Ocultar thumbs Ver también para HR1367/02:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 12
-
Berhati-hati semasa mengendalikan atau membersihkan unit mata pisau atau cakera. Mata
pemotongnya sangat tajam. Hendaklah lebih berhati-hati ketika anda membersihkannya dan
mengosongkan mangkuk.
awas
-
Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan, sebelum anda menukar aksesori atau
mendekati bahagian-bahagian yang bergerak semasa penggunaan.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
-
Jangan melebihi kuantiti dan masa pemprosesan yang ditunjukkan dalam jadual.
-
Jangan melebihi penunjuk paras maksimum pada mangkuk.
-
Jangan memproses lebih dari dua kelompok tanpa henti seketika. Biarkan perkakas menyejuk ke
suhu bilik sebelum anda meneruskan pemprosesan.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-
Mangkuk tidak sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
pelindung lampau panas
Perkakas ini dilengkapi pelindung lampau panas. Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia mati secara
automatik. tanggalkan plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 5 minit. Kemudian
pasang semula plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan hidupkan semula perkakas. Sila hubungi
penjual Philips anda atau pusat servis Philips yang sah jika pelindung lampau panas terlalu kerap
diaktifkan.
sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan').
Bersedia untuk menggunakannya
1
Pasangkan perkakas dengan betul sebelum memasukkan plag ke dalam soket dinding.
2
Potong bahan-bahan yang besar menjadi ketulan kecil anggaran 2cm sebelum anda
memprosesnya.
3
Biarkan bahan-bahan yang panas menyejuk sebelum anda mencincang atau menuangkannya ke
dalam bikar (suhu maks. 80°C).
Menggunakan perkakas
pengisar tangan
Pengisar tangan dimaksudkan untuk:
-
membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup, bancuhan minuman dan minuman kocak.
-
Mencampur bahan-bahan lembut, contohnya adunan lempeng atau mayones.
-
Memurikan bahan yang telah dimasak, misalnya, untuk menyediakan makanan bayi.
1
Sambungkan bar pengisar pada unit motor ('klik') (Gamb. 2).
2
Masukkan ramuan ke dalam bikar.
Lihat jadual di bawah untuk kuantiti dan masa memproses yang disarankan.
BaHasa MElayu
37

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido