BaHasa MElayu
24
5
Apabila roti siap dibakar, ia akan meloncat naik dan pembakar akan dimatikan secara
automatik.
6
Keluarkan roti yang telah dibakar. Untuk mengeluarkan item yang lebih kecil, anda boleh
gerakkan tuil pembakar ke atas sedikit lagi.
Nota: Jika roti terlekat di dalam pembakar, cabutkan plag dari soket dinding, biarkan perkakas menjadi
benar-benar sejuk dan keluarkan roti dari pembakar dengan teliti. Jangan gunakan pisau atau alat
logam yang tajam seumpamanya untuk melakukan ini dan jangan sentuh bahagian logam di dalam
pembakar.
Membakar roti sejuk beku
1
Masukkan satu atau dua keping roti beku ke dalam pembakar.
2
Pilih seting pemerangan yang dikehendaki (lihat bahagian 'Membakar roti').
3
Tolak tuil pembakar ke bawah.
4
Tekan butang nyahfros (Gamb. 6).
Butang nyahfros menyala.
Nota: Membakar roti yang sejuk beku mengambil masa lebih lama daripada membakar roti yang telah
dinyahfros.
Memanaskan semula roti bakar
Pembakar roti mempunyai fungsi pemanasan semula automatik yang memanaskan roti tanpa
menjadikannya lebih perang.
1
Masukkan roti yang telah dibakar kembali ke dalam pembakar roti.
2
Tolak tuil pembakar ke bawah.
3
Tekan butang pemanasan semula (Gamb. 7).
Butang pemanasan semula menyala.
Nota: Fungsi pemanasan semula mempunyai tempoh yang dipraset. Masa pembakaran tidak
bertukar apabila anda menggerakkan gelangsar seting pemerangan ke seting lain.
pembersihan
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.
1
Cabutkan plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2
Bersihkan perkakas dengan kain lembap. Jangan gunakan agen pencuci yang boleh melelas.
3
Luncurkan bekas serdak keluar daripada perkakas dan buang serdak daripada perkakas.
Jangan terbalikkan perkakas dan jangan goncangkannya untuk mengeluarkan serdak.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat sedemikian, anda membantu memelihara
alam sekitar (Gamb. 8).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
All manuals and user guides at all-guides.com