Bahasa Malaysia - IKEA RADIG Manual Del Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 13
BAHASA MALAYSIA
Penting!
Sila baca arahan-arahan ini dengan teliti
sebelum menggunakannya. Sentiasa ikut
arahan.
Cara membersih
Sebelum menggunakan pembancuh espreso
untuk kali pertama, bru seteko kopi dan
curahkan. Sentiasa cuci dengan cucian
tangan dengan air dan sabun pencuci
selepas menggunakannya. Pastikan penapis
pada kedudukan yang betul semasa
memasang pembancuh espreso (lihat
gambarajah, bahagian 2).
Bagaimana menggunakan pembancuh
espresso
1. Tuangkan air ke dalam bahagian dasar
pembancuh espresso (6). Air sepatutnya
mencapai aras injap keselamatan (5)
tetapi tidak melebihinya.
2. Pasangkan corong (4) dan isi ia dengan
kopi espresso tanah yang dikisar. Jangan
padatkan ia. Apabila corong diisi, amaun
kopi adalah sama dengan amaun air.
3. Skru bahagian atas dan bawah (6 dan
1) bersama. Pastikan sambungan antara
penapis (2) dan gasket (3) adalah ketat.
4. Letakkan pembancuh espresso di atas
hob, dengan kepanasan yang rendah.
Kopi akan naik hingga ke bahagian atas
(1).
5. Kopi dalam pembancuh espresso
sedia untuk diminum sebaik sahaja
bunyi menggelegak berhenti. Alihkan
pembancuh espresso dari hob dengan
segera untuk mengelakkan mendidih
hingga kering.
6. Hidangkan kopi terus daripada
pembancuh espresso tanpa
66
menanggalkannya.
Penting!
⎯ Untuk mengelakkan melecur; jangan
mencabut bahagian pembancuh
espresso (1 dan 6) hingga ia sejuk
sepenuhnya.
⎯ Sentiasa palingkan injap keselamatan
(5) jauh dari anda ketika pembancuh
espresso sedang digunakan.
⎯ Pembancuh espresso direka untuk
membancuh espresso sahaja.
⎯ Jangan sesekali meletakkan amaun
kopi espresso yang lebih kecil daripada
amaun yang dinyatakan di atas.
⎯ Gunakan hanya kopi espresso tanah
yang dikisar. Jangan gunakan kopi
segera yang kering sejuk beku.
⎯ Bahagian luar pembancuh espresso
menjadi panas apabila digunakan.
Sentuh pemegang dan tombol sahaja.
⎯ Jauhkan kanak-kanak daripada
pembancuh espresso ketika digunakan.
⎯ Jika gasket menunjukkan ciri-ciri
lunyai atau kekeringan, ia perlu ditukar
- hubungi gedung IKEA terdekat/
Perkhidmatan pelanggan atau lawati
www.ikea.com. Jangan sesekali
menggunakan alat ganti selain daripada
yang dibekalkan oleh IKEA.
Pengetahuan tambahan
Sesuai untuk digunakan pada dapur besi
tuang, dapur gas dan dapur seramik kaca.
1. Bahagian atas
2. Penapis
3. Gasket
4. Corong
5. Injap keselamatan
6. Bahagian bawah
67

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido