Philips QC5130/15 Manual De Usuario página 53

Ocultar thumbs Ver también para QC5130/15:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 15
-
Jangan gunakan perkakas jika elemen pemotong, sikat pengguntingan
rambut (BIASA) atau sikat penipisan rambut (PENIPIS) rosak atau
patah, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.
-
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Pengecasan
Jangan mengecas perkakas selama lebih daripada 24 jam.
Pengecasan mengambil masa kira-kira 8 jam.
Apabila perkakas dicas sepenuhnya, ia boleh berfungsi selama 60 minit.
1
Pastikan perkakas dimatikan.
2
Masukkan plag perkakas ke dalam perkakas.
3
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
Lampu CAS hijau mula berkelip untuk menunjukkan bahawa perkakas
,
sedang dicas.
Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, lampu CAS hijau menyala
,
secara berterusan. Selepas 30 minit, lampu CAS akan padam untuk
menjimatkan tenaga.
Mengoptimumkan jangka hayat bateri boleh cas
Nyahcas bateri sepenuhnya dua kali setahun dengan membiarkan motornya
berjalan sehingga ia berhenti. Kemudian, cas semula bateri sepenuhnya.
Pengguntingan berkord
Jika kuasa bateri rendah, anda juga boleh menggunakan perkakas daripada
sesalur kuasa.
Hanya gunakan perkakas daripada sesalur kuasa apabila bateri boleh
cas hampir kosong.
1
Matikan perkakas.
2
Sambungkan perkakas kepada sesalur kuasa dan tunggu beberapa saat
sebelum anda menghidupkannya.
Jika bateri boleh cas kosong sepenuhnya, tunggu selama beberapa minit
sebelum anda menghidupkan perkakas.
Menggunakan perkakas
Nota: Pastikan rambut anda bersih dan kering. Jangan gunakan perkakas pada
rambut yang baru dibasuh.
BAHASA MELAYU
53

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Qc5132/15Qc5130/40Qc5130/80Qc5130/65

Tabla de contenido