Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Dengan InfraPhil, anda boleh merawat masalah otot dan sendi, dan meredakan kesakitan pada otot
dan sendi dengan selesa di rumah. Sama seperti matahari, perkakas ini memancarkan cahaya
inframerah. Penapis khasnya hanya menyalurkan jenis cahaya yang diperlukan untuk mencapai kesan
terapeutik yang dikehendaki. InfraPhil juga dapat digunakan untuk bersantai, persediaan untuk urutan
atau sebagai sebahagian daripada rawatan kosmetik.
Perihalan umum (gamb. 1)
Lampu
A
Bingkai lampu
B
Tapak
C
Kemudahan penyimpanan kord
D
Kord sesalur kuasa
E
Penunjuk hidup/mati
F
Penting
am
-
Simbol pada InfraPhil mempunyai maksud berikut:
1
Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2
Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa
hadapan (Gamb. 3).
3
Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Kelas II) (Gamb. 4).
-
Perkakas ini memenuhi keperluan Arahan Alat Perubatan MDD93/42/EEC.
Bahaya
-
Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam
persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau
kolam mandi).
-
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunkan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah
diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk rawatan kesakitan pada otot dan sendi, dan kekejangan pada
otot dan sendi, dan bukannya untuk rawatan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan
yang lain.
-
Untuk mengelakkan daripada kepanasan melampau pada kulit, elakkan jarak rawatan yang terlalu
dekat. Kehangatannya hendaklah selesa bagi anda sepanjang rawatan.
-
Untuk mengelakkan kerosakan mata, jangan pandang cahaya lampu semasa ia terpasang.
BaHasa MElayu
31