BAHASA MELAYU
36
4
Untuk memasang semula petak habuk, jajarkan slot pada petak
habuk dengan unjuran pada perkakas tersebut. Pertama sekali,
pasang bahagian bawah petak habuk (1). Kemudian tolak bahagian
atas petak habuk ke arah perkakas (2) sehingga ia berdetap pada
tempatnya ('klik') (Gamb. 10).
Membersihkan unit penuras
Pastikan anda membersihkan unit penuras dengan kerap.
1
Putarkan penuras luar melawan arah jam (1) dan keluarkannya
dari pemegang penuras (2) (Gamb. 11).
Biarkan penuras dalaman terpasang pada pemegang penuras.
2
Bersihkan penuras dalaman dan penuras luar dengan berus atau
pembersih vakum biasa jika terlalu kotor.
Nota: Sekiranya perlu, anda boleh membersihkan penuras dalam dan
penuras luar dengan air sejuk atau suam. Keringkan penuras dalaman
dan luar dengan menyeluruh sebelum anda menggunakannya sekali lagi.
3
Letakkan penuras luar semula ke dalam pemegang penuras (1)
dan pusingkannya mengikut arah jam untuk memasangkannya (2).
Letakkan semula unit penuras ke dalam petak habuk. (Gamb. 12)
Penyimpanan
1
Anda boleh menyimpan pembersih vakum dan aksesorinya dalam
beg penyimpanan. (Gamb. 13)
Penggantian
Kami menasihati anda untuk menggantikan penuras dalaman selepasa
tempoh penggunaan yang panjang atau jika anda tidak lagi dapat
membersihnya dengan baik.
Menggantikan penuras dalaman
1
Alih keluar unit penuras daripada petak habuk. Putar penuras luar
mengikut arah lawan jam (1) dan keluarkannya daripada pemegang
penuras (2). (Gamb. 14)