Apabila anda menghidupkan komputer anda semula, tekan dan tahan butang kuasa sehingga papan kekunci
menyala.
Komputer anda mempunyai bateri cas semula terbina dalam dan anda boleh mengecasnya menggunakan
penyesuai dan kabel pengecasan yang disertakan dengannya. Penunjuk berkelip putih semasa sedang dicas.
Penutupan paksa: Tekan dan tahan butang kuasa selama lebih 10 saat. Ambil perhatian bahawa ini akan
mengakibatkan kehilangan apa-apa data yang tidak disimpan.
Maklumat Keselamatan
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan dengar bunyi pada kelantangan tinggi untuk
•
tempoh masa yang panjang.
• Sila rujuk kepada doktor anda dan pengeluar peranti untuk menentukan sama ada penggunaan peranti anda
mungkin mengganggu operasi peranti perubatan anda.
• Elakkan penggunaan peranti di tempat yang berhabuk, lembap atau kotor, atau berdekatan dengan medan
magnet.
• Suhu ideal: 0°C hingga 35°C untuk operasi, -10°C hingga +45°C untuk penyimpanan.
• Semasa mengecas, penyesuai perlu dipasang masuk ke dalam soket berdekatan dan dapat dicapai dengan
mudah. Gunakan penyesuai kuasa dan pengecas yang diluluskan.
• Pastikan penyesuai kuasa menepati syarat IEC/EN 62368-1 dan telah diuji serta diluluskan mengikut standard
kebangsaan atau tempatan.
• Arus input terkadar peranti adalah sama dengan arus output maksimum penyesuai yang disertakan dengan
peranti.
™
• Port Thunderbolt
4 boleh memberikan 5V DC/3A kuasa MAKS kepada peranti lain. Port USB-A boleh
memberikan 5V DC/2A kuasa MAKS kepada peranti lain. Port USB-C boleh memberikan 5V DC/2A kuasa MAKS
kepada peranti lain.
• Semasa menggunakan peranti, elakkan daripada meletakkannya pada permukaan lembut (seperti selimut,
bantal dan sofa), kerana ia boleh menyekat lubang udara dan menyebabkan peranti menjadi terlalu panas
dengan berbuat demikian.
• Cabut pengecas dari saluran keluar elektrik dan peranti jika peranti tersebut tidak digunakan untuk tempoh
masa yang lama.
• Jauhkan bateri daripada api, panas yang melampau dan cahaya matahari. Jangan letakkan ia di atas atau di
dalam peranti pemanasan. Jangan membuka pemasangan, mengubah suai, membuang atau menekannya.
Jangan masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di dalam cecair, atau mendedahkannya kepada
daya luar atau tekanan, kerana ini boleh menyebabkan ia bocor, menjadi terlalu panas, terbakar ataupun
meletup.
• Jangan cuba menggantikan bateri sendiri — anda mungkin merosakkan bateri tersebut, yang boleh
menyebabkan kepanasan terlampau, kebakaran dan kecederaan. Bateri terbina dalam peranti anda perlu
diservis oleh Huawei atau pembekal perkhidmatan yang berdaftar.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna produk dan bateri perlu dibawa ke
pusat pengumpulan sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada akhir jangka hayat. Ini
akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara yang memelihara bahan-bahan berharga dan
melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan
anda, peruncit, atau perkhidmatan pelupusan sisa isi rumah atau lawati laman web
https://consumer.huawei.com/en/.
Maklumat Pendedahan RF
Bagi negara yang menerima pakai had SAR 2.0 W/kg terhadap 10 gram tisu. Peranti mematuhi spesifikasi RF
apabila digunakan pada jarak 0.0 cm daripada badan anda. Nilai SAR tertinggi yang dilaporkan: SAR badan: 0.47
W/kg.
Pengakuran Kawal Selia EU
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti ini mematuhi Arahan berikut: 2014/53/EU
(RED), RoHS 2011/65/EU, ErP 2009/125/EC. Teks penuh perisytiharan pematuhan EU, maklumat ErP yang
terperinci dan maklumat terkini mengenai aksesori & perisian boleh didapati di alamat Internet berikut:
https://consumer.huawei.com/certification.
11