Descargar Imprimir esta página

TEFAL VU193 Serie Manual De Instrucciones página 27

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 10
Untuk negara yang tertakluk bawah Kawalan Eropah ( ):
• Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh seseorang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai kurang keupayaan fizikal, deria atau
mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberikan penyeliaan atau arahan mengenai penggunaan
alatan tersebut oleh seseorang yang bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka. Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
BEKALAN KUASA KAWALAN JAUH : (VU/VF444X; VU/VF641X) :
• Alat kawalan ini memakai bateri butang 1 x 3 V (CR2025).
• Bateri-bateri dimasukkan dengan polariti yang betul seperti yang
ditunjukkan pada kompartmen bateri.
• Terminal bateri tidak patut ada litar pintas.
• Jauhi dari api.
• PENTING: anda dinasihatkan untuk menutup dan mencabut alat
perkakas apabila tidak digunakan. Apabila meyimpan alat perkakas
untuk tempoh yang lama, sila keluarkan bateri daripada alat
kawalan.
• Letak peranti dalam mod tunggu sedia dan cabut peranti daripada suis utama untuk mengganti bateri.
• Ikuti arahan pengilang bateri apabila memasang bateri baru.
• Sila dapatkan maklumat lanjut dalam dokumen Panduan Pengguna untuk mengaktifkan bateri.
Untuk lain-lain negara:
• Alat perkakas ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan kekurangan
upaya secara fizikal, sensori atau mental, atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi seliaan atau arahan berkenaan penggunaan alat perkakas oleh seseorang yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak patut diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan
alat perkakas.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
• Kemudahan elektrik bilik, serta pemasangan dan penggunaan perkakas mestilah mematuhi standard yang
berkuat kuasa di negara anda.
• Jangan gunakan perkakas anda berhampiran dengan objek atau produk yang mudah terbakar. Secara
umumnya, anda hendaklah sentiasa letakkan perkakas sekurang-kurangnya 50 cm jauh dari sebarang objek
(dinding, langsir, aerosol, dsb.).
• Jangan tarik kord kuasa atau perkakas, meskipun semasa mencabut plag dari soket dinding.
• Peranti ini hanya sesuai untuk kegunaan di tempat tinggal sahaja. Dalam penggunaan profesional yang tidak
sesuai atau tidak selaras dengan arahan, pengeluar tidak bertanggungjawab dan jaminan tidak sah.
• Sentiasa buka gulungan kord kuasa sepenuhnya sebelum menggunakannya.
• Jangan gunakan perkakas di dalam bilik yang berhabuk atau di lokasi yang terdapat risiko kebakaran.
• Perkakas ini tidak boleh digunakan di dalam persekitran yang lembap.
• Waranti ini akan ditaksahkan jika kerosakan berlaku kerana penggunaan yang salah.
KIPAS INI DILENGKAPI DENGAN SISTEM ANTI-NYAMUK (VU/VF421X, VU/VF641X):
• Jangan kendalikan sistem ini ketika beroperasi.
• Sesetengah bahagian sistem anti-nyamuk ini boleh mencapai suhu yang tinggi oleh itu sebelum
mengendalikannya, adalah dinasihatkan agar menghentikan dan mencabut alat perkakas dan
membiarkan sistem anti-nyamuk untuk sejuk.
MS
27

Publicidad

loading