Bahasa MElayu
70
5
Untuk merapikan bulu, gerakkan sikat perapi
melalui bulu dengan perlahan.
6
Setelah selesai, matikan perkakas.
Mencukur badan
Anda boleh menggunakan pencukur badan sama ada
basah atau kering untuk mencukur bulu pada semua
bahagian badan di bawah garis leher. Jangan gunakan
pencukur badan untuk mencukur atau merapikan
bulu atau rambut pada muka atau kulit kepala.
Nota: Setiap kali sebelum menggunakan pencukur
badan, anda hendaklah memeriksa sama ada terdapat
kerosakan atau kelusuhan. Jika unit kerajang pencukur
rosak atau lusuh, jangan gunakan pencukur badan
ini kerana kecederaan mungkin berlaku. Ganti unit
kerajang pencukur yang rosak dengan segera (lihat bab
'Penggantian').
1
Letak pencukur badan pada pemegang (1)
dan putarkannya mengikut arah jam untuk
menetapkannya (2).
2
Hidupkan suis perkakas.
3
Letakkan unit pencukur pada kulit. Pastikan
bahawa unit kerajang pencukur sentiasa benar-
benar bersentuhan dengan kulit.