IKEA GRILLSKÄR Manual De Instrucciones página 101

Ocultar thumbs Ver también para GRILLSKÄR:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 34
Barbeku ini tidak boleh digunakan sebagai
pemanas.
AMARAN! Jangan gunakan larutan alkohol
atau petrol untuk menyalakan atau menyalakan
semula barbeku! Gunakan hanya penyala api yang
mematuhi EN 1860-3 (Eropah).
AMARAN! Jangan gunakan larutan alkohol
atau petrol untuk menyalakan atau menyalakan
semula! Gunakan hanya penyala api yang
mematuhi standard kebangsaan tempatan (di luar
Eropah).
Jangan benarkan gris, lemak atau sisa
makanan terkumpul di dalam atau di atas barbeku
- RISIKO KEBAKARAN.
Jangan gantung bahan yang mudah terbakar
daripada rel tangan barbeku ini.
Sentiasa gantikan bahagian yang lusuh -
jangan gunakannya jika terdapat bahagian yang
rosak.
Jangan letak makanan yang berlebihan pada
gril masak - jarakkan makanan dengan sekata di
atas permukaan gril.
PENTING - Pastikan barbeku diletakkan di
atas tapak yang rata, mendatar bagi memudahkan
lemak/gris mengalir.
Pastikan barbeku dipasang dengan betul
mengikut arahan yang disertakan.
Buka penutup semasa menyalakan dan
memulakan barbeku.
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung
dan/atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan,
rumah bergerak, bot. Bahaya kematian akibat
keracunan karbon monoksida.
SENARAI CIRI-CIRI
Ciri-ciri produk bernombor di bawah menunjukkan
ilustrasi barbeku pada halaman grafik.
1. Pemegang
2. Hud
3. Gril memasak
4. Dulang arang
5. Dulang abu
ARAHAN PENGGUNA
Sebelum meneruskan, pastikan anda memahami
penyataan AMARAN di dalam manual ini.
Jangan sesekali gunakan apa-apa peralatan
memasak yang mengakis pada permukaan gril
memasak (3) untuk mengelakkan permukaan
tersebut rosak.
Persediaan sebelum memasak - Untuk
mengelakkan makanan daripada melekat pada gril
memasak, gunakan berus berpemegang panjang
untuk menyapu lapisan nipis minyak masak atau
minyak sayur sebelum setiap sesi barbeku.
Nota: Apabila pertama kali memasak
menggunakan barbeku anda, cat di luar barbeku
mungkin berubah warna sedikit kerana suhu
yang tinggi. Ini adalah normal dan sesuatu yang
dijangkakan.
Menyalakan Barbeku
Buka hud (2).
Letakkan lapisan arang yang sekata sedalam lebih
kurang 4-5 sm/1.6-1.9'' di atas dulang arang (4).
Letakkan gel nyala pada arang secara berhati-hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang panjang atau
mancis.
Apabila nyalaan mati, periksa sama ada arang mula
merah menyala.
Adalah dicadangkan yang arang pada barbeku
dibiarkan membara sekurang-kurangnya 30-40
minit sebelum memasak.
Jangan mula memasak sebelum arang ada salutan
abu.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air suam
berserta cecair pencuci untuk membersihkan
barbeku. Jangan gunakan bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang
mengakis atau objek tajam digunakan untuk
membersihkannya.
101

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido