Philips DailyDuo FC6161/63 Manual De Instrucciones página 61

Ocultar thumbs Ver también para DailyDuo FC6161/63:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 16
3
Jika anda hendak meninggalkan perkakas buat sementara waktu atau jika anda hendak
menanggalkan pembersih vakum kendalian tangan daripada unit batang sepanjang penggunaan,
anda boleh menggunakan kedudukan penempatan. Tolak batang ke arah muncung lantai untuk
meletakkannya pada kedudukan penempatan (Gamb. 10).
4
Selepas selesai menggunakan perkakas, tekan butang hidup/mati untuk mematikannya.
Menggunakan pembersih vakum kendalian tangan
Anda boleh menggunakan pembersih vakum kendalian tangan tanpa unit batang untuk memvakum
bahagian yang kecil dan sukar dicapai seperti meja, perabot, tempat duduk dalam kereta dsb.
Apabila pembersih vakum kendalian tangan dicas sepenuhnya, ia boleh beroperasi selama 12 minit.
1
Jika pembersih vakum kendalian tangan diletakkan di dalam unit batang, tekan butang hidup/
mati pada unit batang untuk mematikan perkakas sebelum anda menanggalkan pembersih
vakum kendalian tangan daripada unit batang.
Nota: Jika anda menanggalkan pembersih vakum kendalian tangan ketika perkakas ini sedang
dihidupkan pada kelajuan normal, pembersih vakum kendalian tangan akan beroperasi pada kuasa yang
berkurangan apabila anda mengeluarkannya. Untuk memastikan pembersih vakum kendalian tangan
beroperasi pada kuasa penuh, matikan dan kemudian hidupkannya kembali.
2
Tekan butang pelepasan (1) pembersih vakum kendalian tangan dan tanggalkan pembersih
vakum kendalian tangan daripada unit batang (2) (Gamb. 11).
3
Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan pembersih vakum kendalian tangan (Gamb. 12).
4
Selepas selesai digunakan, tekan butang hidup/mati sekali lagi untuk mematikan pembersih
vakum kendalian tangan.
Nota: Anda hendaklah mematikan pembersih vakum kendalian tangan sebelum anda memasukkannya
semula ke dalam unit batang.
Nota: Jika anda meletakkan pembersih vakum kendalian tangan kembali ke dalam unit batang semasa
ia masih hidup, berus golek tidak akan berfungsi dan prestasi pembersihan tidak optimum. Untuk
membolehkan berus golek berfungsi, tekan butang hidup/mati pada unit batang untuk mematikan
perkakas dan kemudian tekan butang hidup/mati sekali lagi untuk menghidupkannya kembali.
aksesori
Pembersih vakum kendalian tangan didatangkan bersama aksesori berikut:
-
alat ceruk untuk membersihkan sudut atau celah yang sempit.
-
alat berus untuk membersihkan permukaan halus.
1
Ambil aksesori yang hendak anda gunakan daripada ruang penyimpanan pada tapak
pengecasan.
2
Pasang aksesori pada muncung boleh tanggal (Gamb. 13).
pembersihan
Setiap kali sebelum membersihkan tapak pengecasan, anda hendaklah mengeluarkan penyesuai
daripada soket dinding.
1
Bersihkan bahagian luar pembersih vakum kendalian tangan, bahagian luar unit batang dan
bahagian luar tapak pengecasan menggunakan kain lembap.
2
Jika anda hendak mengosongkan dan membersihkan petak habuk atau membersihkan unit
penuras, ikut arahan dalam bahagian 'Mengosongkan dan membersihkan petak habuk' dan
'Membersihkan unit penuras' di bawah.
Bahasa MElayu
61

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido