Keluarkan bateri apabila anda membuang perkakas. Jangan
buangkan bateri bersama-sama sampah-sarap yang biasa dari
rumah, sebaliknya serahkan ia kepada pusat pengumpulan rasmi
(rajah 19).
Anda boleh juga membawa perkakas ke pusat servis Philips, yang akan
mengeluarkan bateri untuk anda dan akan membuangkannya dengan
cara yang selamat terhadap alam sekitar.
Cuma tanggalkan bateri yang betul-betul kosong.
Keluarkan bateri dengan cara berikut.
1
Biarkan alat berjalan sampai mati, buka skru dan buka pembersih
vakum (rajah 20).
2
Potong wayar penyambung satu per satu dan keluarkan bateri
(rajah 21).
Jaminan & perkhidmatan
Jika anda memerlukan maklumat atau jika anda menghadapi sesuatu
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.com atau
hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Philips di negara anda (nombor
telefonnya terdapat dalam risalah jaminan antarabangsa). Jika tiada Pusat
Khidmat Pelanggan di negara anda, hubungi pengedar Philips tempatan
anda atau hubungi Bahagian Perkhidmatan Penjagaan Peribadi dan
Peralatan Perumahan Philips BV.
BAHASA MELAYU
35