Descargar Imprimir esta página

Bahasa Malaysia - IKEA UNDERLÄTTA Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para UNDERLÄTTA:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 5

Bahasa Malaysia

Jaga baik-baik kelalang vakum anda
Basuh, bilas dan keringkan kelalang
vakum sebelum menggunakannya
untuk kali pertama. Sentiasa kosongkan
kelalang vakum selepas digunakan.
Basuh dengan tangan dan tambahkan
soda bikarbonat atau cecair pencuci ke
dalam air. Gunakan berus botol untuk
memastikan bahagian dalamnya betul-
betul bersih.
Baik untuk mengetahui
Panaskan dahulu kelalang dengan
air panas (atau sejukkannya dengan
air sejuk) memastikan yang suhu
kandungannya yang diinginkan
kekal lebih lama. Jangan sekali-kali
menggunakan kelalang vakum di
dalam ketuhar gelombang mikro,
ketuhar atau penyejuk beku.
Tidak boleh digunakan di atas
hob, plat panas atau apa-apa jenis
permukaan dapur masak.
Jangan simpan minuman
berkarbonat di dalam kelalang.
Peningkatan tekanan boleh membuat
gabus meletup dengan daya yang
agak kuat. Perkara yang sama
mungkin berlaku jika minuman
bergula di dalam termos terdedah
pada haba, kerana haba memulakan
proses penapaian.
Sekiranya boleh, elak daripada
menggunakan kelalang vakum
untuk makanan bayi dan minuman
yang dibuat dengan susu panas.
Bakteria membiak dengan cepat
di dalam haba dan memulakan
proses penapaian. Sekiranya anda
menyimpan susu atau makanan
bayi di dalam kelalang, pastikan ini
hanya untuk waktu yang singkat dan
sentiasa bersihkan kelalang dengan
berhati-hati selepas itu.
12

Publicidad

loading