Descargar Imprimir esta página

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 5

Bahasa Malaysia

Penjagaan termos anda
Cuci, bilas dan keringkan termos sebelum
menggunakannya untuk kali pertama. Sentiasa
kosongkan termos selepas menggunakannya. Cuci
dengan cucian tangan, tambahkan bikarbonat
soda atau cecair pencuci ke dalam air. Gunakan
berus botol untuk memastikan bahagian dalamnya
dibersihkan dengan sempurna.
Pengetahuan tambahan
Panaskan termos terlebih dahulu dengan air
panas (atau sejukkannya dengan air sejuk)
bagi memastikan suhu yang diingini dapat
dikekalkan selama jangkamasa yang lebih
lama. Jangan letakkan termos di dalam ketuhar
gelombang mikro, atau ketuhar atau penyejuk
beku.
Jangan gunakan di atas hob/bahagian atas
dapur/dapur atau plat panas.
Jangan simpan minuman berkarbonat (bergas)
di dalam termos. Tekanan yang bertambah
menyebabkan gabusnya boleh meletup dengan
amat kuat. Perkara yang sama mungkin
terjadi jika minuman bergula di dalam termos
didedahkan kepada haba, kerana haba
menyebabkan terjadinya proses fermentasi.
Jika boleh, elakkan daripada menggunakan
termos untuk makanan bayi dan minuman yang
dibuat daripada susu panas. Bakteria membiak
secara aktif di dalam haba dan menyebabkan
proses fermentasi. Jika anda menyimpan susu
atau makanan bayi di dalam termos, pastikan
ia hanyalah untuk jangka masa yang pendek
dan sentiasa bersihkan termos dengan teliti
selepas itu.
Perhatian!
Termos boleh anda buka dengan mengklik butang
pada penutup. Memandangkan anda minum terus
dari termos, cecair boleh jadi sangat panas, oleh itu
berhati-hati agar anda tidak melecur.
12

Publicidad

loading