Descargar Imprimir esta página

IKEA VARDAGEN Guia De Inicio Rapido página 17

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 6
panas yang bersih. Bahan cuci mengeringkan
permukaan dan tidak harus digunakan.
Kesan daripada makanan yang dimasak boleh
ditanggalkan dengan menabur sedikit garam ke
dalam periuk/kuali dan kemudian mengesatnya
sehingga bersih. Garam menyerap lebihan
lemak tetapi meninggalkan cukup lemak untuk
menghalang periuk/kuali daripada mengering.
Besi tuang yang tidak dirawat boleh terhakis jika
ia tidak dirawat dengan betul. Oleh itu, ia penting
untuk terus mengesat periuk/kuali sehingga kering
selepas dibasuh dan meminyakkannya secara
kerap. Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian
ialah bahan periuk/kuali besi tuang adalah reaktif
dan tidak sesuai jika tersentuh dengan bahan
makanan yang berasid contoh (seperti lemon dan
tomato) kerana makanan boleh berubah warna
atau ada sedikit rasa logam.
Periuk/kuali itu sendiri juga boleh berubah warna
dengan garam dan bahan makanan berasid. Besi
yang mengelupas daripada periuk/kuali semasa
memasak sebenarnya tidak berbahaya kerana
besi yang sama jenis, biasanya dan seharusnya,
terdapat di dalam tubuh manusia. Sila ingat
bahawa pemegang menjadi panas semasa periuk/
kuali digunakan di atas hob atau di dalam ketuhar.
Sentiasa gunakan pemegang periuk semasa
mengalihkannya.
Sentiasa angkat periuk/kuali semasa mengalihnya
ke atas hob kaca atau seramik. Untuk mengelakkan
daripada risiko tercalar, jangan menariknya
merentasi hob.
Jangan dedahkan periuk/kuali pada perubahan
suhu yang tinggi dan tiba-tiba, cth. dengan
mengeluarkannya dari peti sejuk dan
meletakkannya di atas hob, atau dengan
mencurah air sejuk ke atas periuk/kuali yang telah
dipanaskan.
Jika anda ada sebarang masalah dengan produk
ini, sila hubungi gedung IKEA terdekat anda/
Khidmat Pelanggan atau layari www.ikea.com
17

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

404.372.69