Langkah berjaga-jaga berkenaan penjagaan kerusi kanak-kanak
Jangan membuka, mengubah suai atau
melincirkan kerusi kanak-kanak atau menggantikan
mana-mana bahagian dengan bahagian lain selain
daripada yang telah ditetapkan.
• Prestasi kerusi kanak-kanak mungkin terjejas
dan tidak dapat digunakan dengan selamat.
Jangan menggunakan kerusi kanak-kanak yang
telah mengalami tekanan kuat.
• Kekuatannya mungkin terjejas walaupun jika
tempat duduk kanak-kanak kelihatan seperti tidak
berubah. Gantikannya dengan yang baharu.
• Jika bahagian plastik keras kerusi kanak-kanak
tersepit oleh pintu kenderaan atau tempat
duduk bergerak, kekuatan kerusi kanak-kanak
tersebut mungkin berkurang. Gantikannya
dengan yang baharu.
Gunakan kerusi kanak-kanak bersama dengan
penutup badannya atau kusyen yang diletakkan
dengan betul.
• Jika tempat duduk kanak-kanak digunakan
tanpa penutup badan atau kusyennya,
digantikan dengan yang lain atau terkoyak
teruk, prestasinya mungkin akan terjejas dan
mungkin tidak selamat.
Jika kaki sokongan mengganggu rel
gelongsor tempat duduk penumpang,
gunakan alas lantai yang ditetapkan oleh
pengilang kenderaan tersebut.
• Jika anda terus menggunakannya dengan kaki
penyokongnya mengganggu rel lungsur, kerusi
anak mungkin menjadi tidak stabil ketika digunakan,
keupayaannya mungkin terjejas dan mungkin berbahaya.
Jika kerusi kanak-kanak tidak dipasangkan
kukuh pada penghenti tali, gelangsarkan tempat
duduk penumpang.
• Kerusi kanak-kanak mungkin tidak dapat
ditetapkan tempat dengan menarik tali pinggang
keledar dengan kuat, kerana penghenti tali
mengganggu penghenti pada pada tempat duduk
penumpang dengan fungsi gelangsar. Dalam kes
ini, gelangsarkan tempat duduk dan kemudian
pasangkan semula kerusi kanak-kanak.
Sekiranya anda terus menggunakannya dengan
penghenti tali mengganggu penghenti, ia mungkin
akan menjadi tidak stabil semasa penggunaan.
Jika kaki sokongan mencecah ke aras selain
daripada aras lantai atau terkena angin
daripada penyaman udara, gelongsorkan
tempat duduk penumpang.
• Jika kaki sokongan berada pada tempat selain
daripada tempat duduk atau mendapat angin
daripada penyaman dingin udara pada tempat duduk
penumpang yang boleh digelongsor, alihkan kerusi ke
kedudukan yang kaki sokongan tidak mengenanya.
Jika tidak, kerusi kanak-kanak mungkin menjadi tidak
stabil sekiranya ia mendapat impak yang kuat.
Koyak dan buang plastik pelindung kerusi kanak-
kanak sejurus selepas membuka bungkusan.
• Ia boleh menyebabkan kesesakan nafas jika
kanak-kanak terperangkap di dalamnya.
Jangan mendedahkan kerusi kanak-kanak
kepada cahaya matahari secara terus.
• Bahagian besi akan menjadi sangat panas sehingga
dapat mengakibatkan seseorang itu melecur. Sebelum
penggunaan, pastikan bahawa tiada bahagian kerusi
kanak-kanak yang boleh menjadi panas.
Berhati-hati supaya jari anda tidak tersepit di
celah bahagian boleh digerak.
• Berhati-hati supaya jari anda tidak tersepit di celah
bahagian boleh bergerak apabila anda memusing
atau menurunkan kerusi kanak-kanak atau apabila
mengendalikan kaki sokongan.
Jangan membawa kerusi kanak-kanak
dengan tuas pelepas kaki sokongan berada
dalam keadaan tertekan.
• Jika anda menaikkan tempat duduk kanak-kanak
dengan tuas pelepas kaki sokongan yang berada
dalam keadaan tertekan, kaki sokongan mungkin
akan jatuh dan mengakibatkan kecederaan.
5 (MS)
A