Makita DX15 Manual De Instrucciones página 100

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 22
OPERASI
Melaraskan kedudukan muncung
sistem pengumpulan habuk
Luncur masuk dan keluar panduan muncung sambil
menekan butang pelarasan panduan dan kemudian
lepaskan butang tersebut pada kedudukan yang tepat
di tempat hujung bit berada di belakang permukaan
hadapan muncung.
► Rajah5: 1. Panduan 2. Butang pelarasan panduan
3. Hujung bit 4. Permukaan hadapan
muncung
NOTA: Sebelum melaraskan kedudukan
muncung, tekan butang pelarasan panduan untuk
melepaskan tegangan pada panduan muncung
dan membiarkannya berada pada kedudukan yang
dipanjangkan sepenuhnya.
Melaraskan kedalaman penggerudian
Kedalaman penggerudian boleh dilaraskan dengan
mengubah panjang di antara butang pelarasan
kedalaman dengan bahagian belakang panduan
muncung. Tekan dan tahan butang pelarasan
kedalaman dan luncurkannya ke kedudukan yang
dikehendaki.
► Rajah6: 1. Butang pelarasan kedalaman
2. Panduan muncung 3. Kedalaman
penggerudian
Menepuk habuk pada penapis
PERHATIAN:
Jangan putar dail pada bekas
habuk semasa bekas habuk ditanggalkan dari
sistem pengumpulan habuk. Berbuat demikian
boleh menyebabkan penyedutan habuk.
PERHATIAN:
Sentiasa matikan alat semasa
memutar dail pada bekas habuk. Memutarkan dail
semasa alat sedang berjalan boleh mengakibatkan
hilangnya kawalan alat.
► Rajah7: 1. Bekas habuk 2. Dail
Pembuangan habuk
PERHATIAN:
Pastikan memakai topeng
habuk semasa membuang habuk.
PERHATIAN:
Kosongkan bekas habuk secara
kerap sebelum bekas habuk menjadi penuh. Gagal
berbuat demikian boleh mengurangkan prestasi
pengumpulan habuk dan menyebabkan penyedutan
debu.
PERHATIAN:
Prestasi pengumpulan habuk
akan berkurang jika penapis dalam bekas habuk
menjadi tersumbat. Gantikan penapis dengan
yang baru selepas kira-kira 200 kali pengisian
habuk sebagai panduan. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan penyedutan habuk.
1.
Tanggalkan bekas habuk sambil menekan tuil
pelekat bekas habuk.
► Rajah8: 1. Tuil pelekat
2.
Angkat tab kunci sedikit ke arah keluar dan buka
penutup bekas habuk.
► Rajah9: 1. Penutup bekas habuk 2. Tab kunci
3.
Buangkan habuk, kemudian bersihkan penapis.
► Rajah10
NOTIS:
Semasa membersihkan penapis, ketuk
bekas penapis dengan lembut menggunakan
tangan untuk menanggalkan habuk. Jangan
ketuk penapis secara langsung; sentuh penapis
dengan berus atau yang serupa; atau tiup udara
termampat pada penapis. Berbuat demikian boleh
merosakkan penapis.
PENYELENGGARAAN
Menggantikan penapis bekas habuk
1.
Tanggalkan bekas habuk sambil menekan tuil
pelekat bekas habuk.
► Rajah11: 1. Tuil pelekat
2.
Angkat tab kunci sedikit ke arah keluar dan buka
penutup bekas habuk.
► Rajah12: 1. Penutup bekas habuk 2. Tab kunci
3.
Sisipkan pemutar skru bilah rata di antara bekas
penapis dengan penutup bekas habuk seperti yang
ditunjukkan dalam rajah. Tekan dinding sisi bekas
penapis ke dalam dan angkat bekas penapis tersebut
untuk mengeluarkannya menggunakan pemutar skru
bilah rata.
► Rajah13: 1. Pemutar skru bilah rata 2. Bekas
penapis 3. Penutup bekas habuk
4.
Tolak keluar penapis daripada bekas penapis
seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah14: 1. Penapis 2. Bekas penapis
5.
Gantikan penapis baharu dalam bekas penapis.
Pasangkan semula bekas penapis kepada bekas habuk
dengan menjajarkan unjuran panduan pada bekas
penapis dengan alur dalam bekas habuk.
► Rajah15: 1. Unjuran panduan 2. Alur
6.
Tutup penutup bekas habuk dan kemudian
pasangkan semula bekas habuk pada sistem
pengumpulan habuk.
100 BAHASA MELAYU

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

199588-6

Tabla de contenido