Descargar Imprimir esta página

HyperIce Venom 2 Instrucciones De Uso página 153

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 63
• Peranti ini tidak boleh digunakan oleh individu yang tidak sensitif
terhadap haba dan individu lain yang berisiko dan tidak mampu
bertindak balas terhadap pemanasan melampau.
• Sekiranya peranti ditindih atau dipakai semasa tidur dan suhu
ditetapkan kepada suhu yang lebih tinggi, pengguna peranti boleh
mengalami kelecuran kulit atau strok haba.
• Jangan pijak, himpit atau tekan peranti. Elakkan melipat peranti
dengan lipatan yang jelas. Jangan lipat Venom 2 semasa digunakan.
• Jangan ubah suai atau cuba untuk membaiki peranti. Tidak
mengandungi sebarang komponen yang boleh dibaiki sendiri oleh
pengguna. Sila hubungi Hyperice untuk menservis peranti.
• Elakkan peranti daripada terpasang tanpa sengaja. Pastikan butang
kuasa peranti berada dalam kedudukan tutup (dimatikan) sebelum
peranti disimpan, diangkat atau dibawa.
AMARAN
Jangan gunakan Venom 2 atau sebarang peranti haba atau getaran tanpa
kelulusan daripada doktor anda terlebih dahulu sekiranya mana-mana perkara
yang berikut berkenaan dengan diri anda: Kehamilan, diabetes dengan komplikasi
seperti neuropati atau kerosakan retina, anda mempunyai perentak jantung,
baru menjalani pembedahan, menghidap epilepsi atau migrain, cakera tulang
teranjak, spondilolistesis, spondilolisis, spondilosis, baru menjalani pembedahan
penggantian sendi atau pemasangan IUD, mempunyai pin atau plat logam atau
apa-apa kebimbangan lain tentang kesihatan fizikal anda. Individu yang lemah
dan kanak-kanak seharusnya diawasi oleh orang dewasa semasa menggunakan
sebarang peranti haba atau getaran. Kontraindikasi ini tidak bermaksud anda tidak
boleh menggunakan peranti ini. Walau bagaimanapun, kami menasihatkan agar
anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Penyelidikan yang berterusan
sedang dijalankan terhadap kesan haba dan getaran bagi masalah perubatan
tertentu. Perkara ini mungkin dapat memendekkan senarai kontraindikasi yang
ditunjukkan di atas pada masa akan datang. Pengalaman praktikal menunjukkan
bahawa penyepaduan peranti senaman getaran dalam pelan rawatan disyorkan
dalam kes tertentu. Perkara ini mesti dilakukan mengikut nasihat dan dengan
pengawasan doktor, pakar atau ahli fisioterapi.
PERINGATAN
Semasa menggunakan peranti elektrik, langkah pencegahan asas mestilah
sentiasa dipatuhi, termasuk yang berikut:
• Untuk kegunaan orang dewasa sahaja.
• Peranti ini tidak sesuai untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau intelek, atau yang kurang
pengalaman dan pengetahuan tentang cara mengendalikan peranti,
melainkan dengan pengawasan atau selepas diajar cara menggunakan
peranti oleh individu lain yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

Publicidad

loading

Productos relacionados para HyperIce Venom 2