• Mata – Bilas mata dengan air yang banyak selama 15 minit. Dapatkan
rawatan perubatan dengan segera.
• Kulit – Bilas kawasan yang terjejas dengan air dan sabun dalam kuantiti
yang banyak atau mandi selama 15 min
• Tersedut – Dedahkan individu yang terkesan kepada udara segar dan
berikan bantuan pernafasan jika perlu. Dapatkan rawatan perubatan
jika perlu.
• Tertelan – Hubungi doktor atau pusat racun setempat dengan segera
• Lupuskan bateri terpakai dengan segera. Jauhkan daripada kanak-
kanak. Jangan pisahkan bahagian dalam peranti dan jangan lupuskan
peranti dalam api.
ARAHAN PENGENDALIAN
MENGECAS
AMARAN
Venom 2 hanya boleh dicas dengan pengecas dwipenebat Hyperice
18VDC (nombor model MX24Z2-1801000) yang dibekalkan dengan peranti.
Jangan cas Venom 2 semalaman atau biarkan Venom 2 tanpa pengawasan
semasa dicas atau digunakan.
Untuk mengecas peranti, sambungkan penyesuai kepada port pengecasan
bateri dan sambungkan kabel pengecas kepada soket elektrik. Caskan bateri
sepenuhnya hingga enam jam sebelum penggunaan pertama. Lampu LED akan
berkelip untuk menunjukkan paras bateri dan menandakan pengecasan sedang
aktif. Apabila lampu LED berhenti berkelip dan kekal berwarna hijau, bateri
telah dicas sepenuhnya. Peranti akan memaparkan paras kuasa bateri apabila
dihidupkan. Unit boleh dicas pada bila-bila masa dan pada sebarang paras
kuasa bateri. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bateri sepenuhnya
sehingga paras LED berwarna jingga. Caskan semula unit setiap bulan untuk
memaksimumkan jangka hayat bateri.
PENGENDALIAN
Balutkan pembalut mampatan pada bahagian badan yang disasarkan (belakang,
kaki atau bahu) dan sambungkan tali pengikat supaya pembalut selesa
dipakai dan tidak terlalu ketat. Hal ini adalah untuk memastikan pod getaran
terletak seperti yang diingini. Pastikan bateri dicas. Tekan butang HIDUP untuk
mengaktifkan unit. Logo Hyperice akan menyala merah, menandakan Venom
2 sudah diaktifkan. Pilih tetapan haba dan getaran yang diingini menggunakan
butang di bahagian atas pod. Peranti akan bermula secara automatik apabila
butang haba atau getaran ditekan. Tekan butang haba atau getaran sekali
lagi untuk mencapai tahap yang diingini. Tanpa input tambahan, peranti akan
dimatikan secara automatik selepas 15 minit. Peranti akan bergetar dua kali untuk
menandakan tamat satu sesi atau tiga kali jika kuasa bateri rendah. Untuk terus
menggunakan peranti, tekan butang haba atau getaran dan laraskan kepada