Descargar Imprimir esta página

HyperIce Venom 2 Instrucciones De Uso página 154

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 63
• Peranti ini memiliki permukaan yang boleh dipanaskan. Individu yang
sensitif terhadap haba mesti berhati-hati semasa menggunakan
peranti ini. Peranti ini tidak boleh digunakan oleh individu yang tidak
sensitif terhadap haba dan individu lain yang berisiko dan tidak mampu
bertindak balas terhadap pemanasan melampau.
• Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan peranti ini.
• Tanggalkan pengecas daripada bateri selepas mengecas atau
sebelum menggunakan peranti. Venom 2 tidak akan berfungsi jika
pengecas disambungkan kepada bateri.
• Jangan biarkan Venom 2 beroperasi atau dicas tanpa pengawasan.
• Jangan rendam peranti dalam air. Cuci peranti dengan kain lembap sahaja.
• Jauhkan peranti daripada cecair.
• Gunakan peranti pada pakaian yang nipis atau permukaan badan yang
kering dan bersih seperti yang ditunjukkan dalam arahan penggunaan.
• Jangan gunakan Venom 2 pada kulit yang basah atau dengan ubat
sapu, terutamanya yang mengandungi bahan yang menghasilkan
haba. Hal ini boleh mengakibatkan kelecuran kulit.
• Gunakan fabrik, pakaian atau tuala yang nipis di antara produk dengan
kulit untuk mengurangkan risiko kelecuran.
• Kelecuran boleh berlaku tanpa mengira tetapan kawalan. Periksa
bahagian kulit yang bersentuhan dengan produk dengan kerap.
Tanggalkan peranti daripada badan dengan segera dan matikan
peranti sebaik sahaja muncul tanda ketidakselesaan.
• Jangan letakkan sebarang objek logam di antara Venom 2 dengan
badan pengguna, termasuk pin atau kancing lain yang diperbuat
daripada logam untuk menetapkan kedudukan Venom 2
• Jangan ceraikan komponen peranti.
• Jangan usik atau ubah Venom 2 dengan apa-apa jua cara.
• Periksa peranti dengan teliti setiap kali sebelum digunakan. Sekiranya
peranti menunjukkan sebarang tanda kerosakan, seperti penjarangan,
penggelembungan atau peretakan, sila pulangkan kepada pusat
servis Hyperice yang sah untuk diperiksa dan dibaiki.
• Jangan kendalikan peranti di tempat produk aerosol (semburan) digunakan
atau di tempat oksigen diberikan.
• Jangan tekan, pijak atau duduk di atas Venom 2.
• Jangan himpit peranti dengan meletakkan objek berat di atasnya
semasa penyimpanan
• Periksa peranti dengan kerap untuk tanda-tanda kehausan atau
kerosakan. Sekiranya terdapat tanda kehausan atau kerosakan,
bermakna peranti telah disalahgunakan atau sudah tidak berfungsi.
Dalam hal ini, sila pulangkan peranti kepada pusat servis Hyperice
yang sah untuk diperiksa dan dibaiki.
• Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
• Tidak sesuai untuk kegunaan perubatan di hospital. Dimaksudkan untuk
penggunaan rumah atau komersial.

Publicidad

loading

Productos relacionados para HyperIce Venom 2