Philips Respironics Wisp Pediatric Manual De Instrucciones página 147

Tabla de contenido

Publicidad

3. Sisip tali atas pelindung kepala ke dalam slot atas bingkai.
4. Sambungkan klip pelindung kepala ke slot bawah bingkai atau sisip tali bawah pelindung kepala
ke dalam slot bawah bingkai.
8 Petua Keselesaan untuk Penjaga
• Jika kanak-kanak mempunyai keutamaan untuk kedudukan tidur tertentu, ambil kira ini apabila
memilih penempatan mesin.
• Kesilapan paling biasa ialah mengetatkan pelindung kepala secara berlebihan. Pelindung kepala
perlu muat dengan longgar dan selesa. Jika kulit terbonjol di sekitar topeng atau jika ada tanda
kemerahan pada muka anda, longgarkan tali pelindung kepala.
• Jika perlu, laraskan tali mahkota untuk mengalihkan pelindung kepala dari telinga.
• Klip pelindung kepala adalah pilihan. Jika anda mahu, anda boleh masukkan tali pelindung kepala
terus melalui slot bingkai.
• Pembebasan siku pantas membolehkan topeng untuk diputuskan buat sementara waktu
daripada tiub tanpa kanak-kanak perlu menanggalkan topeng. Siku boleh diklik kembali ke
tempatnya dengan cepat setelah kanak-kanak balik ke tempat tidur.
• Penggunaan ciri pengendalian tiub pilihan menggerakkan tiub menjauh dari depan badan dan
halakan ia ke atas kepala kanak-kanak. Ciri-ciri pelepasan pantas tidak boleh digunakan apabila
tiub dihalakan ke atas bahagian atas kepala dengan menggunakan gelung pengurusan tiub pada
pembalut tiub.
• Topeng boleh dikeluarkan dari kepala kanak-kanak itu dengan menolak ke atas bingkai dulu atau
pelindung kepala dulu, mengikut pilihan kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menerima proses
dengan lebih mudah jika pelindung kepala yang dikeluarkan dulu, menarik topeng dari muka,
dan bukannya ke atas melepasi muka bingkai dulu.
9 Maklumat Penyedia Penjagaan Kesihatan & Klinisian
Kawalan Rintangan Philips Respironics System One
Menggunakan topeng anda dengan alat Philips Respironics System One akan memberikan
keselesaan optimum. Penyedia menetapkan nilai (X1) ini pada alat anda.
Penggunaan Pelbagai Pesakit
Rujuk Panduan Pembasmian untuk Pengguna Profesional bagi memproses semula antara
pesakit dalam persekitaran klinikal. Akses versi terkini bagi Panduan Penyahjangkitan di
www.healthcare.philips.com atau dengan menghubungi khidmat pelanggan di +1-724-387-4000
atau Respironics Deutschland +49 8152 93060.
Spesifikasi
Spesifikasi teknikal bagi topeng disediakan oleh ahli profesional penjagaan kesihatan anda untuk
menentukan sama ada ia serasi dengan mesin terapi anda, dan amaran serta penggera berfungsi
dengan baik.
Amaran: Penggunaan di luar spesifikasi ini mungkin menyebabkan terapi tidak berkesan.
Lengkung aliran tekanan yang ditunjukkan di bawah merupakan anggaran prestasi yang dijangka.
Ukuran tepat mungkin berbeza.
145

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido