Pemeriksaan Awal Pemasangan - Dyson Airblade 1A Instrucciones De Instalación Y Manual De Mantenimiento

Ocultar thumbs Ver también para Airblade 1A:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 244
Alat yang diperlukan
Pemutar skru yang sesuai untuk jenis
pemasangan dinding
Pemutar skru kecil Phillips
Pemutar skru kepala rata kecil
Pemutar skru berbilah kecil
Pita ukur dan pensel
Gerudi tangan
Mata gerudi yang sesuai
Playar/pelucut dawai
Pisau
Pemeriksaan awal
pemasangan
Rancangan pemasangan
awal
Mesin ini hanya direka untuk lokasi dalaman
yang kering sahaja.
Pengakuran dan pematuhan adalah
tanggungjawab pemasang. Rujuk kod dan
peraturan akses tempatan dan kebangsaan
untuk panduan pemasangan yang berkaitan.
Pasang mesin dengan mematuhi semua kod
dan/atau peraturan bangunan.
Pisahkan bekalan kuasa sebelum
pemasangan atau servis.
Pastikan tiada kerja perpaipan (gas, air,
udara) atau kabel elektrik, wayar atau
kerja salur terletak betul-betul di belakang
kawasan penggerudian/pelekapan.
Pilih lokasi yang membolehkan mesin dapat
diakses dengan mudah dan ruang lega yang
sewajarnya dari persekitaran dan lantai.
Pastikan tiada halangan di antara mesin dan
lantai dan sekurang-kurangnya 210mm di
atas untuk menanggalkan penapis.
Dyson menyarankan penggunaan pakaian
pelindung, pelindung mata dan kelengkapan
apabila menjalankan pemasangan/
pembaikan mengikut keperluan.
Rajah A
Syarat-syarat
pemasangan dinding
Jangan pasangkan mesin ke papan plaster
yang tidak disokong (dinding kering)
kerana pemasangan seperti ini tidak kukuh
mahupun selamat untuk mesin ini, di
samping boleh membatalkan jaminan.
Apabila papan plaster sahaja yang ada
untuk pemasangan, plat belakang Dyson
mesti digunakan. Hubungi Talian Bantuan
Dyson untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika dinding mempunyai luang udara, alat
pemasangan yang digunakan mestilah
mempunyai panjang yang mencukupi untuk
menyediakan pemasangan yang kukuh.
Jangan gunakan bahan kedap apabila
menetapkan mesin ke dinding.
Rajah B
Mod kuasa
Pengering tangan Dyson Airblade™ ini
mempunyai dua mod kuasa, 900W dan
650W. Mesin ditetapkan kepada 900W
sebagai lalai. Jika perlu, tukar mod kuasa
kepada 650W sebelum pemasangan.
Untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang mod kuasa, pergi ke
www.dyson.com/airblade
Elektrik
Voltan input/Frekuensi: rujuk
plat pengkadaran.
Pastikan bekalan kuasa dimatikan
sebelum memasang.
Spesifikasi kabel: 3 kabel teras (hidup/
neutral/bumi).
Peraturan elektrik setempat mesti dipatuhi
semasa memasang atau membaiki mesin ini.
Kuasa terkadar: rujuk kepada
plat pengadaran.
Julat suhu pengendalian: 0°C hingga 40°C.
Panjang maksimum jalur balik penebatan
wayar Hidup dan Neutral: 7mm.
Ujian kualiti
Pengering tangan Dyson Airblade™ telah
menjalani ujian kualiti yang ekstensif untuk
memastikan ia boleh menahan daya dan
impak tipikal persekitaran bilik air komersial
dan umum.
Memasang
pengering tangan
Dyson Airblade™
AMARAN: Risiko renjatan elektrik!
Pastikan bekalan kuasa dimatikan
sebelum meneruskan.
Rajah 1
Gerudi lubang pelekap
Pilih lokasi pemasangan dan ketinggian
yang sesuai.
Ketinggian lekapan yang disyorkan
dipaparkan pada templat Lekapan.
Penyesuaian ukuran mungkin diperlukan
untuk pemasangan individu.
Pasangkan templat Lekapan yang dibekalkan
pada dinding di lokasi yang betul.
Pemasangan ruang masuk kabel belakang:
kabel bekalan elektrik mestilah sejajar dari
dinding ke ruang masuk templat Lekapan.
Pemasangan ruang masuk kabel sisi: lubang
tambahan memerlukan penggerudian. Rujuk
templat Lekapan untuk lokasi.
Gerudi lubang yang telah ditandakan
menggunakan mata gerudi yang sesuai.
Rajah 2
Untuk pemasangan ruang
masuk kabel belakang
Tanggalkan dan keluarkan pengapit kabel,
blok terminal dan pemegang blok terminal
daripada plat belakang. Longgarkan ketiga-
tiga skru pada blok terminal, pastikan wayar
bumi sedia ada pada kedudukan asal.
Potong kelenjar lebih kecil daripada diameter
kabel dan masukkan kabel melalui kotak
konduit dan kelenjar. Jangan tanggalkan
kelenjar daripada plat belakang.
Dengan menggunakan alat pemasangan
yang sesuai (bukan skru benam), tetapkan
plat belakang ke dinding.
Pastikan kabel itu terletak betul-betul di
dalam pemandu kabel. Mana-mana
bahagian kabel yang tidak diletakkan
dengan betul boleh menghalang mesin
daripada dipasangkan dengan betul pada
plat belakang.
Ketatkan wayar hidup, neutral dan bumi
ke lokasi blok terminal yang bersesuaian,
seperti yang ditunjukkan di plat belakang.
Pastikan wayar bumi yang dipasang sebelum
ini dimasukkan dengan kukuh ke dalam
blok penyambung.
146

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido