Philips HD4495 Manual De Instrucciones página 35

Ocultar thumbs Ver también para HD4495:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 16
Sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan apa-apa pelekat dan kesatkan jasad perkakas dengan kain lembap.
2
Bersihkan dulang pembakar di dalam air hangat dengan sedikit cecair pembersih.
Biarkan ketuhar pembakar roti panas sehingga kira-kira 5 limit tanpa dulang pembakar atau apa-
B
apa makanan di dalamnya, untuk membakar apa-apa debu yang mungkin telah terkumpul pada
unsur pemanasan semasa menyimpan.
Menggunakan perkakas
Cara menggunakan ketuhar pembakar roti
1
Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar, jauh daripada bahan yang
mudah terbakar seperti kain langsir atau alas meja dan ruang bebas yang secukupnya pada sisi,
belakang dan atasnya.
2
Masukkan plag ke dalam soket dinding yang dibumikan (gamb. 2).
3
Pastikan tombol pemasa telah ditetapkan pada 0 sebelum anda memasukkan plag di dalam
soket dinding (gamb. 3).
4
Buka pintu dengan menggunakan pemegang pintu (gamb. 4).
5
Letak makanan yang hendak dimasak di atas dulang pembakar atau rak dawai (gamb. 5).
Gunakan dulang pembakar untuk memasak makanan yang berair.
Pastikan rak dawai dan dulang serbuk roti telah diletakkan dengan betul dalam ketuhar pembakar
roti.
6
Tetapkan suhu memasak yang diingini dengan menggunakan pemilih suhu (HD4495 sahaja).
Lihat panduan memasak di akhir arahan untuk penggunaan ini (gamb. 6).
7
Tetapkan masa memasak yang diingini dengan menggunakan tombol pemasa. Lampu kuasa
hidup menyala (gamb. 7).
Masa memasak maksimum yang boleh ditetapkan ialah 30 minit untuk jenis HD4493 dan 45 minit
untuk jenis HD4495.
8
Untuk menetapkan masa memasak kurang daripada 5 minit, putar tombol pemasa melepasi
5 dan putarkannya kembali ke masa yang diingini (gamb. 8).
Apabila masa memasak yang ditetapkan telah berlalu, bunyi loceng akan kedengaran dan
perkakas akan dimatikan secara automatik (gamb. 9).
9
Jika anda hendak mengeluarkan makanan dari ketuhar pembakar roti atau untuk berhenti
memasak sebelum akhir masa memasak yang telah ditetapkan terlebih dahulu, putar tombol
pemasa ke 0 untuk mematikan perkakas (gamb. 10).
Jika masih ada makanan di dalam ketuhar pembakar roti yang perlu dimasak, putar tombol pemasa
ke masa memasak yang diingini lagi.
Berhati-hati: dulang pembakar dan makanan yang telah dimasak adalah panas! Gunakan bahan
tahan haba sarung tangan ketuhar atau kain kering yang tebal untuk mengeluarkan dulang
pembakar atau makanan yang panas dari ketuhar pembakar roti.
BAHASA MELAYU
35

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Hd4493

Tabla de contenido