BAHAsA MElAyU
48
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata
pisaunya amat tajam.
Awas
-
Sentiasa cabut plag perkasas sebelum anda memasang, membuka atau membuat pelarasan
terhadap mana-mana bahagian.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-
Jangan melebihi penunjuk maksimum pada balang pengisar, bikar pengisar (jenis tertentu sahaja)
dan mangkuk pencincang (jenis tertentu sahaja).
-
Jangan melebihi kuantiti maksimum dan masa pemprosesan yang dinyatakan dalam jadual yang
relevan.
-
Perkakas hanya boleh dihidupkan jika balang pengisar, bikar pengisar (jenis tertentu sahaja) atau
mangkuk pencincang (jenis tertentu sahaja) dipasang pada unit motor dengan betul.
Pengisar
Amaran:
-
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam balang semasa perkakas sedang
berjalan.
-
Pastikan mata pisau dipasang dengan kejap pada balang pengisar sebelum anda memasang balang
pengisar pada unit motor.
-
Jangan sentuh mata pisau pemotongan pada unit pisau pengisar apabila anda mengendali atau
membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terluka dengan mudah.
-
Jika unit pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum anda mengeluarkan bahan-bahan yang
menyekat pisau.
Awas
-
Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas dari 80ºC.
-
Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
-
Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas dan cabut plagnya.
Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.
-
Sentiasa pastikan tudung ditutup/dipasang dengan betul pada balang dan cawan penyukat
dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas.
-
HR2170 sahaja:Balang dibuat daripada kaca, oleh itu ia boleh pecah. Jangan jatuhkan balang ke
lantai yang keras. Juga elakkan kejutan suhu yang melampau. Jika balang terlalu sejuk, bilas
betul-betul dengan air suam sebelum anda menuang cecair panas ke dalamnya. Jika balang kaca
ini retak, berhenti menggunakannya.
Pengisar kering (HR2168/HR2167/HR2161 sahaja)
Amaran:
-
Pastikan mata pisau dipasang dengan kejap pada bikar pengisar sebelum anda memasang bikar
pengisar pada unit motor.
-
Jangan sentuh mata pemotong unit mata pisau pengisar apabila anda mengendali atau
membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terluka dengan mudah.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti
buah pala dan ketulan ais.