Philips Viva Collection HR2167/41 Manual De Instrucciones página 53

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 16
Menggunakan pengisar kering
1
hidupkan suis perkakas.
Kami menasihati anda untuk menggunakan seting denyut atau seting kelajuan 5.
Jangan gunakan pengisar kering berjalan lebih daripada 30 saat tanpa gangguan.
2
apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
3
untuk mengeluarkan pengisar dari unit motor, putarkan pengisar melawan arah jam.
Pencincang (HR2168 sahaja)
Anda boleh menggunakan pencincang untuk mencincang bahan seperti bawang, daging, herba,
sayur-sayuran, buah-buahan, coklat, keju yang keras, makanan bayi dan kacang.
HR2170/HR2161/HR2160: Anda boleh memesan pencincang (nombor jenis HR2965) daripada
wakil penjual Philips anda.
Jangan gunakan pencincang untuk mencampurkan cecair. gunakan pengisar untuk tujuan ini.
1
Masukkan unit gandaan pencincang ke dalam bahagian bawah mangkuk pencincang (1).
putarkan unit gandaan melawan arah jam untuk menetapkannya (2) (gamb. 13).
2
letakkan mangkuk pencincang (1) pada unit motor dan putarkannya melawan arah jam untuk
menetapkannya (2). (gamb. 14)
3
letakkan unit pisau pencincang ke dalam mangkuk pencincang (gamb. 15).
4
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk pencincang (gamb. 16).
nota: lihat jadual pengisar di bahagian akhir manual pengguna untuk kuantiti dan masa
pemprosesan yang disyorkan.
Jangan melebihi kuantiti maksimum yang ditunjukkan dalam jadual.
Petua: Potong terlebih dahulu ketulan makanan ke dalam bahagian sebesar 1-2sm.
5
letakkan tudung pada mangkuk pencincang (1) dan putarkannya mengikut arah jam untuk
menetapkannya (2) (gamb. 17).
nota: pastikan tudung dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
6
hidupkan suis perkakas.
nota: Jika perkakas bergoncang disebabkan makanan tidak teragih dengan sekata, letakkan tangan
anda di atas tudung.
nota: pencincang menjalankan kerja dalam beberapa saat. Jangan biarkan ia berjalan lebih lama
daripada beberapa saat.
7
apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
8
putarkan mangkuk pencincang melawan arah jam (1) dan keluarkannya dari unit motor
(2). (gamb. 18)
9
putarkan unit gandaan mengikut arah jam (1) dan keluarkannya dari bahagian bawah mangkuk
pencincang (2) (gamb. 19).
10
Keluarkan tudung dan unit pisau dari mangkuk pencincang.
Berhati-hati apabila anda mengendalikan unit mata pisau.Mata pemotongan unit pisau adalah
tajam.
11
Kosongkan mangkuk pencincang.
BAHAsA MElAyU
53

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido