Philips Viva Collection HR2167/41 Manual De Instrucciones página 52

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 16
BAHAsA MElAyU
52
Potong buah-buahan kepada bahagian yang lebih kecil dan rendam kekacang yang kering, seperti
kacang soya, sebelum anda memprosesnya di dalam penapis.
2
Tambah air atau cecair lain.
3
Masukkan cawan penyukat di dalam tudung, setkan tombol kawalan pada kelajuan yang
tertinggi dan biarkan perkakas berjalan selama maksimum 40 saat.
4
setkan tombol kawalan pada 0 dan keluarkan balang pengisar dari unit motor.
5
Tuangkan minuman keluar melalui muncung balang pengisar (gamb. 9).
Pastikan tudung ditutup dan cawan penyukat berada di dalam tudung. Ini akan menghalang isi buah
dan kulit daripada termasuk ke dalam minuman anda.
6
untuk hasil yang optimum, letak balang dengan bahan yang berbaki kembali pada perkakas,
tanpa membuka/ mengeluarkan tudung. Kemudian biarkan perkakas berjalan selama beberapa
saat lagi.
7
Tuangkan keluar minuman selebihnya.
8
apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
Petua
-
Apabila anda mengisar kuantiti yang banyak, kami nasihatkan agar anda tidak memasukkan
kesemua bahan ke dalam penapis sekaligus. Mula dengan mengisar kuantiti yang kecil dan biarkan
perkakas berjalan selama beberapa saat. Kemudian matikan perkakas dan tambahkan lagi kuantiti
kecil. Ulangi prosedur ini sehingga anda habis memproses semua bahan. Sentiasa pastikan balang
pengisar sentiasa tertutup semasa pemprosesan.
-
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik apabila anda membuat jus dan koktel buah-buahan,
tambah anggaran 300ml air kepada 150g buah. Anda juga boleh menggunakan cecair lain,
contohnya untuk membuat koktel.
-
Untuk membuat jus tomato, potong tomato menjadi empat bahagian dan masukkannya melalui
bukaan pada tudung ke atas mata bilah yang berputar.
Pengisar kering (HR2168/HR2167/HR2161 sahaja)
Anda boleh menggunakan pengisar untuk mengisar dan mencincang bahan seperti lada biji, bijan,
beras, gandum, isi kelapa, kacang (dibuang kulit), biji kopi, kacang soya kering, kacang pea kering, keju,
serbuk roti, dll.
sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan bahan-
bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin meninggalkan kesan ke atas
bahan-bahan plastik perkakas ini.
pengisar kering ini tidak sesuai digunakan untuk mencincang ramuan yang sangat keras seperti
buah pala dan kiub ais.
Jangan melebihi paras maksimum yang ditunjukkan pada balang pengisar.
Menyediakan pengisar untuk digunakan
1
Masukkan bahan kering ke dalam balang pengisar kering (gamb. 10).
nota: lihat jadual pengisar di bahagian akhir manual pengguna untuk kuantiti dan masa
pemprosesan yang disyorkan.
2
Ketatkan unit pisau pengisar mengikut arah jam pada balang pengisar (gamb. 11).
3
Terbalikkan pengisar yang telah dipasang dan ketatkannya pengikut arah jam pada unit
motor (gamb. 12).

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido