Descargar Imprimir esta página

Bateri Dan Arahan Pengecasan; Tujuan Penggunaan; Pemasangan; Penggunaan Pertama - BMW Urban Hybrid E-Bike Instrucciones De Uso

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 110
8 BATERI DAN ARAHAN
PENGECASAN.

8.1 Tujuan penggunaan.

Amaran: Patrum bateri bersepadu direka bentuk dan
bertujuan digunakan untuk E-basikal Bandar BMW sahaja.
Patrum bateri telah direka bentuk melalui penyepaduan sempurna
dengan basikal. Penyepaduan pintar ini membolehkan talian
yang lancar dan peralihan yang licin antara kawasan basikal yang
berbeza. Bateri boleh dikeluarkan dengan mudah untuk mengecas,
menyimpan, mengangkut dan membersihkan.

8.2 Pemasangan.

Memasukkan dan mengeluarkan patrum bateri.
Sentiasa matikan patrum bateri sebelum dimasukkan atau
dikeluarkan daripada pendakap.
Untuk memasukkan bateri, luncurkan ke atas di sepanjang tiub
bawah sehingga bahagian hadapan bateri dimasukkan ke lokasi
(1). Kemudian tolak bateri ke bawah sehingga disisipkan dengan
1
3
2
sempurna ke kedudukan (2). Kunci bateri dengan menggunakan
kunci di sebelah kiri basikal (3).
Untuk mengeluarkan bateri, teruskan mengikut urutan terbalik.
Terlebih dahulu, buka kunci bateri, tarik bateri ke atas dari hujung
bahagian bawah dan akhirnya luncurkan sedikit ke bawah dan cabut.

8.3 Penggunaan pertama.

Periksa patrum bateri sebelum digunakan buat kali pertama.
Patrum bateri dicas sebahagiannya apabila dihantar (lebih kurang
30%). Untuk menjamin prestasi penuh patrum bateri, pastikan untuk
mengecas sepenuhnya dengan pengecas bateri sebelum digunakan
buat kali pertama.
Hanya gunakan pengecas yang dibekalkan dengan e-basikal anda.
Patrum bateri boleh dicas secara berasingan atau pada e-basikal.
Hanya cas patrum bateri dengan mematuhi semua arahan
keselamatan.
Amaran: Periksa voltan sesalur. Voltan sumber kuasa mesti
sesuai dengan butiran pada plat jenis pengecas bateri.
MS
651

Publicidad

loading