Moulinex VITAE Manual De Instrucciones página 59

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 24
1. ARAHAN KESELAMATAN
• Sentiasa periksa penapis (D)
sebelum penggunaan.
• Jangan guna alatan jika penutup
atau penapis telah rosak atau jika
terdapat keretakan atau kepecahan
yang jelas atau penapis terkoyak. Jika
terdapat kerosakan terhadap
penapis, hubungi Pusat Servis Sah.
Berhati-hati menggunakan penapis
(hujung tajam).
• Pegang penapis (D) dengan hati-
hati, gigi dan bilah pisau tengah
sangat tajam. Untuk membersihkan
penapis, gunakan brus yang
disediakan.
• Untuk keselamatan anda, peralatan
ini sesuai dengan piawai dan
peraturan yang sesuai.
• Periksa sama ada voltan keperluan
yang dipamerkan pada plat kadar
alatan menyamai sistem electrikal
anda. Sebarang kesilapan
penyambungan akan membatalkan
jaminan.
• Jangan meletakkan alatan di atas
plat panas atau berdekatan dengan
nyalaan terbuka (dapur gas).
• Jangan rendam unit motor atau
meletakkannya di bawah air yang
mengalir.
• Jika wayar pembekal kuasa telah
rosak, ia mesti diganti oleh pengilang,
pusat servis selepas-jualan yang sah
atau orang yang berkelayakan, untuk
mengelakkan sebarang bahaya.
• Sentiasa guna alatan di atas
permukaan yang kukuh, stabil dan
jauh dari percikan air. Jangan
terbalikkan alatan.
• Jangan buka alatan anda.Anda
hanya perlu membersihkan peralatan
saja.
• Alatan perlu ditanggalkan daripada
plug:
- Jika timbul masalah atau
kerosakan semasa penggunaan
- Sebelum penyambungan,
penyahsambungan atau
pencucian.
• Jangan tarik wayar pembekal kuasa
untuk menanggalkan alatan
daripada plug kuasa.
• Hanya gunakan kabel penyambung
selepas memastikan ia berada
dalam keadaan yang baik.
• Alatan domestik tidak boleh
digunakan:
- Jika ia terjatuh ke lantai
- Jika ia rosak atau tidak lengkap.
• Dalam kes-kes sebegini atau untuk
sebarang pembaikan yang lain,
ANDA MESTILAH menghubungi Pusat
Servis yang Sah.
• Produk ini telah direka untuk
kegunaan domestik sahaja. Untuk
sebarang penggunaan komersil,
penggunaan yang tidak tepat atau
kegagalan mematuhi arahan,
pengilang tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan
tidak akan digunapakai.
• Awasilah anak-anak demi
memastikan agar mereka tidak
bermain dengan peralatan ini.
• Hanya gunakan aksesori dan
komponen tulen. Pengilang tidak
akan bertanggungjawab sekiranya ia
tidak tulen.
• Jangan masukkan jari atau sebarang
objek ke dalam corong penyalur
semasa alatan sedang digunakan.
Sentiasa menggunakan penolak
yang disertakan untuk tujuan ini.
• Jangan buka penutup (C) sehingga
penapis (D) berhenti berputar.
• Jangan alih pengumpul pulpa (I)
semasa alatan sedang digunakan.
• Sentiasa mencabut plug alatan
daripda suis utama selepas
penggunaan.
59
MAL

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Ju320172Ju320160

Tabla de contenido