MY
AKLUMAT KESELAMATAN DAN PENGAWALSELIAAN
PENGGUNAAN YANG DIMAKSUDKAN
SUUNTO 5 ialah jam sukan yang menjejaki pergerakan anda dan metrik lain, misalnya
kadar denyutan jantung dan kalori. SUUNTO 5 hanyalah untuk penggunaan rekreasi
dan bukan dimaksudkan untuk apa-apa jenis tujuan perubatan.
KADAR DENYUTAN JANTUNG OPTIK
Pengukuran kadar denyutan jantung optik dari pergelangan tangan merupakan cara
yang mudah dan ringkas untuk menjejaki kadar denyutan jantung anda. Hasil terbaik
untuk pengukuran kadar denyutan jantung boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
berikut:
• Jam hendaklah dipakai terus pada kulit anda. Tiada pakaian, walau betapa nipis
sekalipun, yang boleh terdapat di antara sensor dan kulit anda.
• Jam mungkin perlu dipakai pada kedudukan yang lebih tinggi pada lengan anda
berbanding dengan tempat biasa jam dipakai. Sensor membaca aliran darah yang
melalui tisu. Apabila lebih banyak tisu yang dapat dibacanya, maka itu adalah lebih
baik.
• Menggerakkan lengan dan meregangkan otot, seperti menggenggam raket tenis,
boleh mengubah ketepatan bacaan sensor.
• Apabila kadar denyutan jantung anda rendah, sensor mungkin tidak dapat
memberikan bacaan yang stabil. Aktiviti pemanasan badan yang ringkas selama
beberapa minit sebelum anda mula merekodkan bacaan boleh membantu.
• Pigmentasi kulit dan cacah/tatu menyekat cahaya dan mencegah bacaan yang boleh
dipercayai daripada sensor optik.
• Sensor optik mungkin tidak dapat memberikan kadar denyutan jantung yang tepat
untuk aktiviti berenang.
• Untuk mendapatkan ketepatan yang lebih tinggi dan respons yang lebih pantas
70