Bahasa Malaysia - IKEA SILVERGLANS Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para SILVERGLANS:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 5

Bahasa Malaysia

CARA UNTUK MENGEMUDI PENCAHAYAAN ANDA
Apabila pemacu disambungkan ke sumber utama,
ia mungkin boleh MENGHIDUP/MEMATIKAN semua
produk yang bersambung ke pemacu, tetapi
jika anda ingin memalap atau menyambungkan
produk anda ke produk pencahayaan IKEA Smart,
anda perlu membeli peranti pengemudi yang
berasingan (contohnya alat kawalan jauh) .
Peranti pengemudi perlu berpasangan dengan
pemacu anda. Sekiranya anda mempunyai
lebih daripada satu (1) pemacu, setiap satu
boleh berpasangan dengan alat kemudi, agar
keseluruhan kombinasi dapat dihidupkan/
dimatikan atau dimalapkan pada waktu yang sama.
PERANTI PENGEMUDI BERPASANGAN DENGAN
PEMACU ANDA
1. Sambungkan sekurang-kurangnya satu (1)
produk ke pemacu sebelum anda memulakan
pemasangan. Pastikan bahawa kuasa utama
dihidupkan.
2. Cari simbol berpasangan pada pemacu. Pegang
peranti pengemudi dekat dengan simbol
berpasangan (tidak lebih dari 5 cm jauh) .
3. Tekan dan tahan butang berpasangan pada
peranti pengemudi selama sekurang-kurangnya
10 saat. Lampu merah akan bersinar dengan
stabil pada peranti pengemudi.
Produk yang disambungkan ke pemacu
akan mulai malap dan berkelip sekali untuk
menunjukkan bahawa pemacu sedang
berpasangan pada peranti pengemudi.
CARA MENGESET SEMULA PEMACU ANDA
Sekiranya pemacu tidak bertindak balas atau
jika anda mahu menyahpasangkan pemacu
dari peranti pengemudi, anda mungkin perlu
membuat pengesetan semula. Pemacu dipaksa
melakukan pengesetan semula dengan menekan
dan menahan butang kecil dengan berhati-hati
(bertanda RESET) dengan hujung pen pada
penutup pemacu dan memberikan sedikit tekanan.
Pengesetan semula juga boleh dilakukan dengan
menogol suis utama sebanyak 6 kali.
PENTING!
• Pemacu hanya untuk kegunaan dalam bangunan
dan boleh digunakan pada suhu antara 5ºC
hingga 45ºC.
• Jangan biarkan pemacu berada di bawah sinar
matahari langsung atau berhampiran sumber
haba, kerana ia boleh menjadi terlalu panas.
• Julat radio yang diumumkan antara pemacu dan
peranti pengemudi diukur di tempat terbuka.
Bahan binaan dan peletakan unit yang berbeza-
beza boleh mempengaruhi jarak sambungan
tanpa wayar.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersihkan pemacu, kesat dengan kain
kering yang lembut.
Jangan sesekali menggunakan pencuci pelelas
atau larutan kimia kerana ia akan merosakkan
produk.
PENYELENGGARAAN PRODUK
Jangan cuba memperbaiki produk ini sendiri,
kerana membuka atau menanggalkan penutup
boleh mendedahkan anda kepada titik voltan yang
berbahaya atau risiko-risiko lain.
DATA TEKNIKAL
Jenis: ICPSHC24-30-IL44-1
Input: 220-240 VAC, 50/60 Hz, 0.23A
Output: 24.0V DC
Jumlah beban maksimum: 1.24 A, 30.0 W
Julat radio: 10 m di tempat terbuka.
Frekuensi pengendalian: 2405-2480MHz
Kuasa output: 14 dBm
Kelas IP: IP44
(EU/UK)
Kecekapan aktif purata: 88.1%
Kecekapan pada beban rendah (10%): 75.6%
Tiada penggunaan kuasa beban: 0,28 W
Penggunaan dalam bangunan sahaja
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
12

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido