Bahasa Malaysia - IKEA TRADFRI Guia De Inicio Rapido

Ocultar thumbs Ver también para TRADFRI:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 6

Bahasa Malaysia

FUNGSI PENGULANG ISYARAT TANPA WAYAR
Dengan pengulang isyarat TRÅDFRI, anda boleh
luaskan capaian isyarat produk pintar IKEA Home
anda.
Berpasangan: Tambahkan produk pintar
IKEA Home pada sistem anda. Lihat arahan di
bawah.
MENAMBAH PERANTI KEMUDI PADA
PENGULANG ISYARAT
Apabila Pengulang Isyarat dijual bersama
dengan lain-lain produk Pintar IKEA Home (di
dalam pembungkusan yang sama), ia telahpun
berpasangan.
Anda tidak boleh menambah terus produk pintar
IKEA Home pada pengulang isyarat TRÅDFRI
anda. Peranti kemudi TRÅDFRI diperlukan untuk
menambahkannya.
Untuk menambah peranti kemudi, hanya ikuti
langkah-langkah di bawah.
Pastikan yang pengulang isyarat anda dipalamkan
dan kuasa utama dihidupkan.
1. Pegang peranti kemudi hampir dengan
pengulang isyarat yang anda ingin tambahkan
(tidak lebih daripada 5 cm jauhnya).
2. Tekan dan pegang butang berpasangan selama
sekurang-kurangnya 10 saat, anda boleh
dapati butang berpasangan di bawah penutup
belakang.
3. Cahaya merah akan memancar secara stabil pada
peranti kemudi.
Kemudian pergi ke produk yang anda kemudikan
dan ulangi berpasangan.
Pada produk pintar IKEA Home, cahaya putih akan
mula malap dan berkelip sekali bagi menunjukkan
ia telah berjaya berpasangan.
PENGESETAN SEMULA PENGILANG
PERANTI ANDA
Untuk pengulang isyarat tanpa wayar:
Tolak pin ke dalam lubang pin di atas bahagian
bawah pengulang isyarat selama kira-kira 5 saat.
Selepas pengesetan semula pengulang isyarat,
peranti kemudi hendaklah berpasangan pada
pengulang isyarat dan kemudian peranti kemudi
berpasangan pada produk pintar IKEA Home
semula.
PENTING!
• Pengulang Isyarat ialah untuk kegunaan dalam
sahaja dan boleh digunakan dalam julat suhu
daripada 0ºC hingga 40 ºC (32ºF hingga 104 ºF).
• Jangan tinggalkan Pengulang Isyarat tanpa
wayar di bawah cahaya matahari langsung atau
berhampiran sebarang sumber haba, kerana ia
akan menjadi terlebih panas.
• Julat antara Pengulang Isyarat tanpa wayar dan
penerima diukur di kawasan terbuka. Bahan
binaan dan peletakan unit-unit yang berbeza-beza
boleh menjejaskan julat kesambungan.
AMARAN:
• Soket dinding mesti ditempatkan berhampiran
kelengkapan dan mudah diakses.
• Hanya gunakan di lokasi yang kering.
• Kanak-kanak hendaklah diselia bagi memastikan
mereka tidak bermain dengan produk.
• Jika peranti rosak, ia hendaklah dilupuskan.
• Jangan gunakan kabel USB yang rosak atau
tidak sempurna untuk pengecasan, kerana ini
akan merosakkan perkakas dan membahayakan
peranti anda.
DATA TEKNIKAL
Jenis: Pengulang Isyarat Tanpa Wayar E1746
Input: 5.0V DC
Julat: 10 m di kawasan terbuka
Untuk kegunaan dalam sahaja
Frekuensi kendalian: 2405-2480Mhz
Kuasa output: 3 dBm
20

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

804.764.66

Tabla de contenido