Descargar Imprimir esta página

XIROS FlexPasser Instrucciones De Uso página 20

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 5
Teknik Pembedahan
Langkah 1.
Tunggul tendon proksimal dihantar ke tapak tangan melalui
insisi kecil pada kedutan di atas tapak tangan (Rajah A) atau
titik proksimal terpilih jika vinkulum akan dipeliharakan.
Tapak tangan disarankan untuk mengurangkan insisi pada
jari.
Langkah 2.
Jari harus dipanjangkan dengan lembut. Hujung bulat kuar
dimasukkan dahulu melalui selaput fleksor, dari lokasi
tunggul/bukaan fleksor distal di dalam selaput ke lokasi
tunggul fleksor proksimal. Pegang peranti dekat pada hujung
dan masukkan sedikit demi sedikit sambil mengekalkan
orientasi kuar untuk mengelakkan pembekokan dan
pemutaran (Rajah A).
.
Langkah 3
Kekalkan orientasi kuar semasa ia ditarik melalui insisi
proksimal (Rajah B), dengan mengekalkan sarung plastik
menjulur keluar dari kedua-dua insisi,
sarung tidak terpusing sebelum meneruskan.
Langkah 4.
Ketebalan penuh satu kaki sarung dipotong secara menyilang
mengikut sudut condong (Rajah B) pada tapak bahagian tirus.
Potongan mencondong mencipta tempat masuk yang lebih
besar untuk tendon berbanding potongan melintang.
Langkah 5.
Kaki yang belum dipotong boleh dikeluarkan daripada jari,
yang meninggalkan hanya satu sarung di tempatnya (Rajah C).
Langkah 6.
Tunggul tendon fleksor yang dimasukkan ke dalam secara
proksimal dijahit dengan sutur mengikut teknik terpilih pakar
bedah untuk pembaikan, dengan meninggalkan hujung sutur
yang cukup panjang untuk dapatan semula. Jarum harus
dikekalkan di atas sutur (Rajah D).
Langkah 7.
Hujung bebas sutur dimasukkan ke dalam hujung terbuka
pembawa jarum sehingga 4-5 cm. Kemudian, menggunakan
pemegang jarum, seluruh badan jarum melengkung
dimasukkan ke dalam pembawa secara antegred (Rajah D),
dengan membengkokkan pembawa secara lembut untuk
memelihara hujung jarum.
Langkah 8.
Kuar dan pembawa jarum bersepadu dicucukkan masuk
melalui sarung plastik dari insisi proksimal ke distal dan
dikeluarkan dari insisi distal (Rajah E) setelah jarum dan
sutur telah dilalukan melalui sarung supaya mereka boleh
dibebaskan daripada pembawa (Rajah F).
.
Langkah 9
Kami menyarankan bahawa sedikit larutan bergaram
digunakan untuk melincirkan sarung dan tendon sebelum
melalukan tendon melalui sarung plastik yang melapik
dan pastikan yang
selaput tendon. Tarikan lembut harus digunakan pada
kedua-dua hujung sutur (Rajah F) sementara sarung plastik
dikekalkan di tempatnya menggunakan forseps pada insisi
proksimal untuk memandu tunggul tendon proksimal melalui
lubang sarung dan ke luka distal (Rajah F).
Langkah berikut tidak diilustrasikan
L
angkah 10.
Dengan mengekalkan ketegangan sutur, sarung kemudian
ditarik dari luka distal keluar daripada selaput tendon,
yang membebaskan kedua-dua hujung sutur untuk
menyediakannya bagi pembaikan tendon.
Kedua-dua tunggul kini boleh dihubungkan mengikut teknik
pembaikan terpilih dengan jarum dan bahan sutur yang
sama.
Jika FDP dan FDS memerlukan pembaikan, mereka harus
diletakkan dalam orientasi anatomi sebelum melakukan
langkah 6–10. Hanya satu pembaikan sutur setiap kali harus
dilalukan melalui sarung plastik. Kemudian empat lembaran
sutur digunakan untuk merapatkan dua tendon secara serentak
ke insisi distal, iaitu tempat setiap satu boleh dijahitkan pada
tunggulnya sendiri.
Pelupusan
Tiada keperluan pelupusan yang khusus selain daripada
mengendalikan benda tercemar seperti bahan buangan
klinikal.
Aduan
Mana-mana pakar penjagaan kesihatan yang mempunyai
sebarang aduan atau mengalami sebarang ketidakpuasan
dengan mutu, identiti, ketahanan, kebolehpercayaan,
keselamatan, kebolehgunaan, keberkesanan dan/atau
prestasi produk harus segera memaklumkan pengeluar dan
pengedar.
Jika produk ini mengalami malfungsi dan mungkin telah
menyebabkan atau menyumbang kepada kematian atau
kecederaan serius seseorang pesakit, pengeluar dan pihak
berkuasa pengawalseliaan tempatan yang berkenaan harus
segera dimaklumkan melalui telefon, e-mel atau surat
bertulis.
Ketika mengajukan aduan, sila berikan nama dan nombor
komponen, nombor lot, nama dan maklumat hubungan anda
serta jenis aduan.

Publicidad

loading