Makita CW002G Manual De Instrucciones página 68

Ocultar thumbs Ver también para CW002G:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 13
5.
Apabila pek bateri tidak digunakan,
jauhkannya daripada objek logam lain, seperti
klip kertas, duit syiling, kunci, paku, skru atau
objek logam kecil lain, yang boleh membuat
sambungan dari satu terminal ke terminal yang
lain. Memintas terminal bateri bersama-sama
mungkin menyebabkan lecuran atau kebakaran.
6.
Di bawah keadaan kasar, cecair mungkin
terkeluar daripada bateri; elakkan sentuhan.
Jika tersentuh secara tidak sengaja, siram
dengan air. Jika cecair terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan di samping siraman
air. Cecair yang terkeluar dari bateri mungkin
menyebabkan kegatalan atau lecuran.
7.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang
rosak atau diubah suai. Bateri yang rosak atau
diubah suai mungkin menunjukkan perilaku yang
tidak dijangka menyebabkan kebakaran, letupan
atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
8.
api atau suhu yang berlebihan. Pendedahan
kepada api atau suhu melebihi 130 °C mungkin
menyebabkan letupan.
9.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan
cas pek bateri atau alat di luar julat suhu
yang ditetapkan dalam arahan. Mengecas
dengan tidak betul atau pada suhu di luar julat
yang dinyatakan mungkin merosakkan bateri dan
meningkatkan risiko kebakaran.
10. Pastikan alat anda diservis oleh orang yang
berkelayakan dengan hanya menggunakan
alat ganti yang sama. Ini akan memastikan
keselamatan produk dapat dikekalkan.
11.
Jangan ubah suai atau cuba membaiki alat
atau pek bateri kecuali seperti yang dinyatakan
dalam arahan untuk penggunaan dan
penjagaan.
Arahan keselamatan penting untuk
kartrij bateri
1.
Sebelum menggunakan kartrij bateri, baca
semua arahan dan tanda amaran pada (1)
pengecas bateri, (2) bateri, dan (3) produk
menggunakan bateri.
2.
Jangan menyahhimpun atau menghentak
kartrij bateri. Ia boleh mengakibatkan kebakaran,
suhu berlebihan atau letupan.
3.
Jika masa operasi menjadi sangat pendek,
berhenti operasi serta merta. Ia mungkin
menyebabkan risiko pemanasan lampau,
melecur bahkan letupan.
4.
Jika elektrolit masuk ke dalam mata anda,
bilas mata dengan air jernih dan dapatkan
rawatan perubatan serta merta. Ia mungkin
menyebabkan kehilangan penglihatan.
5.
Jangan pintaskan kartrij bateri:
(1)
Jangan sentuh terminal dengan bahan
berkonduksi.
Elakkan menyimpan kartrij bateri dalam
(2)
bekas bersama-sama objek logam lain
seperti paku, duit syiling dan sebagainya.
Jangan dedahkan kartrij bateri kepada air
(3)
atau hujan.
Pintasan bateri boleh menyebabkan aliran
kuasa yang besar, pemanasan lampau,
kemungkinan melecur dan juga kerosakan.
6.
Jangan simpan dan gunakan alat dan kartrij
bateri di lokasi yang suhunya boleh mencapai
atau melebihi 50 °C (122 °F).
7.
Jangan bakar kartrij bateri walaupun jika ia
rosak teruk atau haus sepenuhnya. Kartrij
bateri boleh meletup dalam kebakaran.
8.
Jangan memaku, memotong, menghancurkan,
membuang, menjatuhkan kartrij bateri atau
memukul objek keras pada kartrij bateri.
Perbuatan sedemikian boleh mengakibatkan
kebakaran, suhu berlebihan, atau letupan.
Jangan gunakan bateri yang rosak.
9.
10. Bateri litium-ion yang terkandung adalah
tertakluk kepada keperluan Perundangan
Barangan Berbahaya.
Bagi pengangkutan komersial, cth, oleh pihak
ketiga, ejen penghantar, keperluan khas pada
pembungkusan dan pelabelan mestilah dipatuhi.
Bagi penyediaan item yang dihantar, rundingan
dengan pakar bagi bahan berbahaya adalah
diperlukan. Sila ambil perhatian juga tentang
peraturan negara yang lebih terperinci.
Lekatkan atau balut bahagian terbuka dan
bungkus bateri supaya ia tidak bergerak dalam
pembungkusan.
11.
Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan
ia daripada perkakas dan lupuskan ia di
tempat selamat. Ikuti peraturan tempatan anda
mengenai pelupusan bateri.
12. Gunakan bateri hanya dengan produk yang
ditentukan oleh Makita. Memasang bateri
kepada produk yang tidak patuh mungkin
menyebabkan kebakaran, pemanasan lampau,
atau kebocoran elektrolit.
13. Sekiranya alat tidak digunakan untuk jangka
waktu yang lama, bateri mesti dikeluarkan dari
alat.
14. Semasa dan selepas digunakan, kartrij
bateri mungkin menjadi panas yang boleh
menyebabkan luka terbakar atau luka terbakar
pada suhu rendah. Ambil perhatian terhadap
pengendalian kartrij bateri panas.
15. Jangan sentuh terminal perkakas sebaik
sahaja digunakan kerana ia boleh mencapai
kepanasan yang boleh menyebabkan luka
terbakar.
16. Jangan biarkan serpihan, habuk, atau tanah
tersekat di dalam terminal, lubang dan alur
kartrij bateri. Ini boleh mengakibatkan prestasi
yang buruk atau kerosakan perkakas atau kartrij
bateri.
68
BAHASA MELAYU

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido