Makita CW002G Manual De Instrucciones página 70

Ocultar thumbs Ver también para CW002G:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 13
B) Penyesuai AC (Hanya digunakan
untuk kenderaan rekreasi)
Aksesori pilihan
Semasa menggunakan alat dengan kuasa AC, gunakan
penyesuai AC yang disertakan dengan alat. Masukkan
palam ke dalam salur masuk "DC IN" alat dan kemudian
masukkan hujung yang lain ke dalam salur keluar.
Semasa alat beroperasi dengan kuasa dari penyesuai
AC, lampu "DC IN" menyala.
C) Penyesuai pencuncuh rokok
Semasa menggunakan alat dengan soket pencuncuh
rokok, gunakan penyesuai pencuncuh rokok yang
disertakan dengan alat. Masukkan palam ke dalam
salur masuk "DC IN" alat dan kemudian masukkan
hujung yang lain ke dalam soket pencuncuh rokok.
Semasa alat beroperasi dengan kuasa dari penyesuai
pencuncuh rokok, lampu "DC IN" menyala.
PERHATIAN:
Masukkan palam sepenuhnya
ke dalam salur masuk "DC IN". Kegagalan berbuat
demikian boleh membuatkan palam ubah bentuk atau
menyebabkan kebakaran.
PERHATIAN:
Sentiasa tutup penutup soket
"DC IN" dengan kukuh semasa kord kuasa tidak
dipasang. Jika tidak, benda asing boleh memasuki
alat dan menyebabkan pincang tugas.
NOTA: Apabila alat beralih bekalan kuasa, pemampat
akan berhenti selama kira-kira 3 minit untuk melindungi
pemampat.
NOTA: Setelah mematikan alat, diperlukan sekitar 3
minit untuk menghidupkan semula pemampat kerana
perlindungan pemampat.
NOTA: Jika perkakas terhenti dengan sebarang
cara selain daripada menekan butang kuasa, alat
akan dihidupkan secara automatik apabila bekalan
kuasa penyesuai AC atau penyesuai pencucuh rokok
diperoleh semula.
2. Menghidupkan alat
Tekan butang kuasa untuk menghidupkan alat. Tekan
butang kuasa sekali lagi untuk mematikan alat.
3. Menukar mod penyejukan/
pemanasan
Tekan butang suis sejuk/panas untuk menukar mod
operasi.
Apabila alat beroperasi dalam mod penyejukan,
lampu mod penyejukan menyala.
Apabila alat beroperasi dalam mod pemanasan,
lampu mod pemanasan menyala.
Suhu kawalan berkedip-kedip pada paparan suhu.
4. Pilih suhu kawalan
Tekan butang tetapan suhu untuk memilih suhu
kawalan. Rujuk paragraf "SPESIFIKASI" untuk suhu
kawalan yang boleh dipilih.
Alat mula menyejukkan/memanaskan 5 saat selepas
tanpa operasi lagi, suhu kawalan berhenti berkedip dan
paparan suhu menunjukkan suhu semasa.
Alat berhenti menyejukkan/memanaskan setelah suhu
semasa mencapai suhu kawalan.
Petua untuk penyejukan/pemanasan
yang efisien
Membuka penutup atas untuk jangka masa
panjang boleh menyebabkan peningkatan/
penurunan suhu ruang yang ketara.
Secara berkala bersihkan permukaan yang dapat
bersentuhan dengan makanan dan sistem saliran
yang mudah diakses.
Simpan daging dan ikan mentah di dalam ruang
dengan bekas yang sesuai, sehingga tidak
bersentuhan dengan atau menetes kepada
makanan lain.
Sekiranya ruang dibiarkan kosong untuk jangka
masa panjang, harus:
- Matikan perkakas.
- Nyahfroskan ruang.
- Bersihkan dan keringkan ruang.
- Biarkan penutup atas terbuka untuk
mengelakkan bercendawan di dalam ruang.
FUNGSI
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Penunjuk bateri menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal. Kapasiti bateri yang tinggal ditunjukkan seperti
jadual berikut.
Status penunjuk bateri
Menyala
(Berkelip)
70
BAHASA MELAYU
Kapasiti yang
tinggal
Mati
50 % hingga
100 %
20 % hingga
50 %
0 % hingga
20 %
Cas bateri.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido