BaHasa MElayu
42
petua
-
Anda boleh menemui sebilangan resipi yang memberikan inspirasi dalam buku kecil resipi. Anda
juga boleh melawati tapak web kami (www.philips.com/kitchen) untuk inspirasi dan maklumat
produk lebih lanjut.
-
Bahagian tetulang plat gril adalah sesuai untuk menyediakan daging dan ayam itik (Gamb. 8).
-
Bahagian rata plat gril sesuai untuk menyediakan ikan, telur, ham, cendawan, tomato, bawang, dll.
Ia juga berguna untuk memastikan makanan sentiasa panas (Gamb. 9).
-
Anda juga boleh menggunakan gril meja sebagai plat panas dikawal termostat yang secara
automatik memastikan makanan anda sentiasa pada suhu yang diperlukan. Tutup bahagian
tetulang plat dengan kerajang aluminium dengan bahagian berkilat menghadap ke atas. Kemudian,
tetapkan kawalan suhu pada kedudukan 100 atau 125°C.
-
Anda boleh menggunakan pemasa untuk mengingatkan anda untuk menterbalikkan makanan
dari masa ke semasa. Contohnya, selepas anda meletakkan stik pada plat gril, anda boleh
menetapkan pemasa kepada 2 minit. Apabila 2 minit telah berlalu, anda boleh terbalikkan stik.
Kemudian, anda boleh menetapkan pemasa kepada 2 minit semula untuk menggril bahagian stik
yang satu lagi.
-
Kepingan daging lembut amat sesuai untuk digril.
-
Kepingan daging seperti stik atau potongan tulang rusuk menjadi lebih lembut jika diperap
semalaman.
-
Terbalikkan makanan dari semasa ke semasa dengan spatula/penyepit yang disediakan untuk
memastikan di dalamnya kekal banyak air dan tidak kering. Jangan gunakan alatan logam seperti
garpu atau penyepit gril kerana ia merosakkan salutan tak melekat bagi plat gril.
-
Jangan terbalikkan makanan yang digril dengan terlalu kerap. Apabila item berwarna coklat pada
kedua-dua belah, grilkannya pada suhu yang lebih rendah untuk memastikan ia tidak kering dan
dimasak dengan rata.
-
Jika anda hendak menyahfros makanan beku, balut makanan beku dalam kerajang aluminium dan
tetapkan kawalan suhu pada kedudukan 150 atau 175°C. Terbalikkan makanan dari semasa ke
semasa. Masa nyahfros bergantung pada berat makanan tersebut.
-
Apabila anda menyediakan sate, daging ayam, daging babi atau daging anak lembu, pertama sekali,
bakar daging pada suhu tinggi (250°C). Jika perlu, kemudian anda boleh menetapkan kawalan
suhu kepada satu kedudukan yang lebih rendah dan menggril makanan sehingga selesai.
-
Semasa anda menyediakan sate atau kebab, rendam pencucuk buluh atau kayu dalam air untuk
mengelakkannya daripada terbakar semasa menggril. Jangan gunakan pencucuk logam.
-
Sosej mudah pecah semasa ia digril. Untuk mengelakkannya, buat beberapa lubang di dalamnya
menggunakan garpu.
-
Daging segar memberikan hasil gril yang lebih baik daripada daging beku atau nyahfros. Jangan
letak garam pada daging sehingga anda telah menggrilnya. Ini membantu memastikan daging
tetap banyak air. Untuk hasil terbaik, pastikan kepingan daging yang anda sediakan tidak terlalu
tebal (kira-kira 1.5 cm).
Gril meja ini tidak sesuai untuk menggril makanan berserbuk roti.
pembersihan (gamb. 10)
Penting: jangan sekali-kali gunakan agen dan bahan pembersih yang melelaskan, kerana ini
merosakkan salutan tak melekat pada plat.
Jangan tenggelamkan unit termostat dengan kord sesalur di dalam air atau cecair lain.
1
Tekan butang hidup/mati untuk mematikan perkakas.
2
Cabutkan plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
3
Tarik unit termostat dari perkakas dan keluarkan pelindung percikan (Gamb. 11).