Descargar Imprimir esta página

IKEA BOLLSIDAN Manual Del Usuario página 24

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 6
Bahasa Malaysia
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
dan ke atas dan mereka yang kurang keupayaan fizikal, penderiaan
dan mental atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi penyeliaan dan arahan mengenai penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan perkakas ini.
Pencucian dan selenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa seliaan.
Nasihat dan arahan bagi BOLLSIDAN
Aras bunyi:
Lebih rendah daripada 55 dB(A).
Selang penetapan ketinggian:
72-117 cm/28.3-46.1 inci.
Beban maksimum:
60kg/132lbs.
Selang suhu semasa penggunaan:
+32 hingga +104 °F/+0 °C hingga + 40 °C.
Selang suhu semasa penyimpanan:
+14 hingga 104°F/-10°C hingga 40°C.
Kelembapan:
20% hingga 80% pada 104°F/40°C.
Unit bekalan kuasa:
DC 29 V, 130 W.
Model:
W52RA628-290018
Perkakas ini hanya boleh digunakan bersama dengan
unit bekalan kuasa yang disertakan.
Setiap orang yang bertanggungjawab untuk meja ini
semasa pemasangan atau penggunaan meja dalam
penggunaan harian atau dalam kerja perkhidmatan
dan pembaikan harus membaca arahan ini dengan
teliti. Simpan arahan ini berhampiran meja duduk/diri
anda.
Arahan pemasangan
Meja dipasang mengikut arahan pemasangan yang
berasingan.
Sambungkan kabel dari motor ke bekalan buasa dan
pengawal tangan. Letakkan kabel elektrik supaya ia
tidak rosak, lihat arahan pemasangan.
Sambungkan kabel elektrik ke soket di dinding.
NOTA: Kabel elektrik mesti mempunyai pergerakan
sepenuhnya.
Meja kini sudah sedia digunakan. Motor berhenti
secara automatik apabila meja masing-masing
mencapai kedudukan terendah dan tertinggi.
24
Penggunaan meja
Meja hanya boleh digunakan sebagai meja kerja
dengan kemungkinan untuk menyelaraskan secara
berterusan ketinggian kedudukan di antara posisi
duduk dan berdiri. Meja hanya boleh digunakan
di dalam dan di tempat yang kering (persekitaran
pejabat atau yang serupa) .
Meja tidak boleh terlebih beban - beban maksima
ialah 60 kg/132 lbs. Motor mungkin boleh berfungsi
secara berterusan untuk maksimum 2 minit. Selepas
itu motor hendaklah tunggu sedia selama lebih
kurang 18 minit sebelum ia boleh digunakan semula.
Ikuti arahan ini semasa melaraskan ketinggian
meja:
1. Pastikan tidak ada benda yang menghalang meja
agar ketinggian meja boleh dilaraskan secara
bebas.
2. Untuk mengerakkan meja ke atas/bawah, tekan
butang olah gerak masing-masing ke atas dan ke
bawah atau gunakan aplikasi Desk Control anda.
Peraturan keselamatan
Semasa meja bergerak ke atas/ke bawah, jaga
jarak keselamatan yang perlu bagi menghindari
risiko terhimpit di antara bahagian atas meja yang
bergerak dan benda-benda yang kekal di kawasan
sekelilingnya.
Semasa meja bergerak ke atas/bawah pengguna
harus berjaga-jaga sehingga tidak ada yang
terluka atau tidak ada objek yang rosak. Bahagian
atas meja tidak boleh berlaga dengan benda yang
kekal sehingga meja boleh terbalik. Selalu alihkan
setiap kerusi pejabat sebelum meja digerakkan ke
atas/bawah.
Tripod meja tidak boleh diubah atau dibina semula
dengan apa cara sekali pun. Semasa kerja-kerja
servis dan pembaikan meja, kabel elektrik mesti
dinyahsambungkan daripada soket dinding.
Pengubahsuaian pada kaki adalah dilarang sama
sekali!
Meja tidak boleh digunakan sebagai alat
pengangkat untuk orang.

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Gm11sd-01