Descargar Imprimir esta página

DJI C8000 Guia Do Usuário página 47

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 79
8. Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan untuk menggunakan alat pemadam kebakaran
serbuk kering. Alat pemadam kebakaran cecair boleh membawa kepada bahaya elektrik.
9. JANGAN cabut palam kabel AC atau kabel pengecas semasa stesen bateri sedang digunakan.
Keluarkan bateri selepas pengecasan selesai.
10. Jika terdapat sebarang pembentukan kotoran yang boleh dilihat, lap stesen bateri atau port
kuasa dengan kain yang bersih dan kering.
11. JANGAN gunakan stesen bateri semasa ribut petir.
12. Rujuk kepada dokumen bateri untuk mendapatkan arahan keselamatan lanjut sebelum
menggunakannya.
13. JANGAN gunakan kabel pengecasan sebagai pemegang ketika membawa stesen bateri. Jika
tidak, kabel mungkin rosak.
14. JANGAN gunakan stesen bateri di kawasan di mana bateri disimpan. Hendaklah ada jarak
sekurang-kurangnya 30 cm antara stesen bateri dengan mana-mana bateri yang dicas.
Jika tidak, stesen bateri atau pengecasan bateri mungkin rosak akibat pemanasan yang
berlebihan malah boleh mengakibatkan bahaya kebakaran.
15. Jauhkan stesen bateri dari bahan mudah terbakar semasa mengecas. JANGAN letakkan
stesen bateri atau bateri yang sedang dicas di atas selimut atau sebarang permukaan
berpermaidani apabila digunakan.
16. Untuk pengaktifan atau kemas kini perisian tegar, stesen bateri boleh disambungkan kepada
TM
DJI ASSISTANT
2 (Siri MG) / (Siri Dron Penghantaran) atau alat kawalan jauh. Pastikan
perisian tegar alat kawalan jauh dan perisian DJI Assistant 2 telah dikemas kini kepada versi
terkini sebelum digunakan.
Pengenalan
Stesen Bateri Pintar C8000 boleh bersambung dengan dua bateri. Semasa mengecas, stesen
bateri memantau status bateri dan boleh melaraskan arus pengecasan secara automatik jika
perlu. Stesen bateri akan terus mengecas walaupun lubang pengudaraan terhalang.
Pengguna boleh menyemak LED status pengecasan bateri dan penunjuk amaran pada panel
operasi stesen bateri untuk mengesahkan jika terdapat sebarang ralat. Stesen bateri boleh
disambungkan kepada alat kawalan jauh menggunakan kabel USB-C dan pengguna boleh
melancarkan aplikasi yang serasi dengan pesawat untuk menyemak maklumat yang lebih
terperinci mengenai sebarang ralat. Selain itu, stesen bateri mempunyai fungsi berikut:
perlindungan arus lampau, perlindungan pengecasan lampau, perlindungan voltan rendah,
perlindungan pemanasan lampau dan paparan status.
46
©
2023 Hak Cipta Terpelihara DJI.

Publicidad

loading