Descargar Imprimir esta página

IKEA RULLERUM RMT-28710 Manual De Instrucciones página 31

Sillón relax reclinable

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 8
Peraturan keselamatan
Apabila melaraskan kedudukan modul rebah –
pastikan jarak yang selamat bagi mengelakkan
tersangkut antara kerusi rebah dan objek tetap
di kawasan terdekat, atau bagi mengelakkan
daripada terperangkap dalam mekanisme dan
kecederaan remuk.
Semasa kedudukan modul rebah bergerak,
pengguna hendaklah memastikan bahawa tiada
orang yang boleh cedera dan tiada objek yang
boleh rosak. Untuk mengelakkan risiko terbalik,
modul kerusi rebah tidak boleh terlanggar mana-
mana objek tetap semasa rebah.
Pastikan terdapat ruang yang cukup di belakang
penyandar untuk merebahkan modul kerusi rebah
sepenuhnya.
Apabila modul kerusi rebah rebah sepenuhnya –
jangan gunakan sebarang beban tambahan pada
tempat letak kaki dan jangan duduk atau berdiri di
atas tempat letak kaki.
Rangka sofa/modul tidak boleh diubah atau
dibina semula walau dalam apa cara sekali
pun. Semasa kerja-kerja servis dan pembaikan
modul kerusi rebah, kord kuasa hendaklah selalu
dinyahsambungkan daripada soket dinding.
Modul kerusi rebah tidak seharusnya digunakan
sebagai peranti mengangat untuk orang atau
objek.
Semasa fungsi rebah tidak digunakan, modul
hendaklah sentiasa dalam kedudukan tegak
penuh. Jangan sesekali membiarkan kerusi rebah
dalam kedudukan rebah kerana kanak-kanak atau
haiwan peliharaan boleh merangkak di bawah
sofa.
Penyelengaraan dan pembaikan
Jika kerusi boleh condong tidak berfungsi - periksa
sambungan antara bekalan kuasa modul dan soket
dinding serta sambungan antara bekalan kuasa
dan palam modul.
Sekiranya mana-mana bahagian sistem elektrik
perlu diganti, kabel kuasa mesti dinyahsambung
terlebih dahulu dari soket dinding.
Sekiranya mana-mana modul sofa RULLERUM
perlu diganti, kabel kuasa mesti dinyahsambung
terlebih dahulu dari soket dinding.
Sekiranya kerusi boleh condong tidak berfungsi,
sila hubungi gedung IKEA terdekat anda atau
perkhidmatan pelanggan.
NOTA: Jangan cuba untuk memperbaiki sendiri modul
bagi mengelakkan risiko yang mungkin berlaku
apabila anda membuka atau merungkasnya.
Pengilang: IKEA of Sweden AB
(nombor pendaftaran komersial: 556074-7551)
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
No. telefon: +46(0)476-648500
SIMPAN ARAHAN INI
31

Publicidad

loading